SureSmile
VPro
®
ARAHAN PENGGUNAAN
INDIKASI PENGGUNAAN
SureSmile VPro bertujuan untuk digunakan oleh pesakit ortodontik semasa
rawatan dengan penyelaras untuk memudahkan pergerakan kecil gigi
hadapan.
Pelekap Mulut SureSmile VPro bertujuan digunakan dengan Peranti Getaran
SureSmile VPro.
PEMBUNGKUSAN PRODUK
SureSmile VPro dibekalkan dengan Peranti Getaran, Pelekap Mulut dan Kabel
Pengecasan.
PELEKAP MULUT DAN KABEL PENGECASAN JUGA
DIJUAL SECARA INDIVIDU.
KONTRAINDIKASI
• Jangan guna peranti getaran jika anda menghidap Sindrom Vertigo
atau Sendi Temporomandibular (Temporomandibular Joint, TMJ) bagi
mengelakkan simptom seperti sakit kepala, pening dan sakit muka yang
berkaitan dengan gangguan ini.
• Jangan guna Ubat Antiradang Bukan Steroid (Non-Steroidal Anti-
Inflammatory Drugs, NSAID) semasa menjalani rawatan untuk mengelakkan
perencatan pergerakan gigi ortodontik.
• Jangan guna peranti getaran jika anda mengandung.
AMARAN
• Gunakan peranti getaran hanya seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
Hentikan penggunaan peranti dan dapatkan nasihat doktor anda jika anda
mengalami keadaan sensitif terhadap getaran atau jika anda mengalami sakit
kepala, pening, loya, ketidakselesaan atau kesakitan.
• Jangan buat sebarang pengubahsuaian kepada peranti getaran. Sebarang
pengubahsuaian boleh menjejaskan fungsi peranti.
• Peranti getaran mungkin tidak sesuai digunakan bersama-sama dengan
restorasi gigi tertentu. Rujuk doktor anda sebelum menggunakan peranti
getaran.
• Peranti getaran tidak disyorkan untuk pesakit yang disahkan menghidap
penyakit periodontal.
• Hentikan penggunaan peranti getaran jika perkakas ortodontik anda rosak.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
• Penting untuk membaca Arahan Penggunaan SureSmile VPro sebelum
menggunakan peranti untuk mengetahui langkah penggunaan,
penyelenggaraan dan penjagaan yang betul.
• Peranti getaran dan pelekap mulut boleh diguna pakai.
• Sebelum digunakan, periksa peranti, pelekap mulut dan pembungkusan
untuk mengesahkan tiada kerosakan berlaku akibat penghantaran dan
pengendalian peranti. Jangan guna produk yang rosak.
• Sentiasa mengecas semula peranti getaran mengikut Arahan Penggunaan
sebelum digunakan. Jangan guna peranti apabila dipalamkan ke sumber
kuasa. Rujuk bahagian PENGECASAN.
• Jangan guna sebarang sumber kuasa atau instrumen alternatif lain bersama-
sama dengan peranti getaran. Gunakan hanya sumber kuasa dengan output
kurang daripada atau sama dengan 5V 1A.
• Jangan guna peranti getaran untuk membersihkan atau menggosok gigi
bagi mengelakkan sebarang pergerakan gigi yang tidak diingini.
• Gunakan peranti getaran hanya seperti yang diarahkan oleh doktor.
• Peranti getaran tidak kalis air. Oleh itu, jangan gunakannya berhampiran
air mengalir atau membasahkan peranti. Pelekap mulut boleh dibersihkan
dengan air seperti arahan dalam bahagian PEMBERSIHAN. Jangan dedahkan
pelekap mulut pada air yang terlampau panas untuk mengelakkan kerosakan
pada pelekap mulut.
• Jangan letakkan pelekap mulut di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk
bagi mengelakkan kerosakan pada pelekap mulut.
ARAHAN LANGKAH DEMI LANGKAH
1. Periksa dan bersihkan sebelum digunakan. Bilas pelekap mulut di bawah air
sebelum penggunaan pertama. Rujuk bahagian CARA MENANGGALKAN
PELEKAP MULUT untuk mengetahui cara mengasingkan pelekap mulut
daripada peranti getaran.
2. Cas peranti getaran sehingga penuh sebelum penggunaan pertama. Rujuk
bahagian PENGECASAN.
™
Peranti Getaran
PELEKAP MULUT
PERANTI GETARAN
KABEL PENGECASAN
3. Sambungkan pelekap mulut pada peranti getaran. Sahkan yang peranti
getaran dipasang kukuh dan stabil sebelum memasukkan pelekap mulut ke
dalam mulut.
4. Peranti getaran bertujuan untuk digunakan semasa peralatan ortodontik
berada di dalam mulut anda.
5. Tekan butang yang terletak pada peranti getaran untuk mengaktifkan sesi
getaran.
6. Peranti getaran bertujuan untuk digunakan selama 5 minit sehari dalam satu
sesi. Peranti getaran akan berfungsi selama 5 minit setiap kali penggunaan
dan akan dimatikan secara automatik selepas itu.
7. Bersihkan pelekap mulut selepas digunakan dan cas alat itu jika perlu. Rujuk
bahagian PENGECASAN dan PEMBERSIHAN. Simpan peranti getaran dan
pelekap mulut pada suhu bilik.
CARA MENANGGALKAN PELEKAP MULUT
1. Pegang peranti getaran dengan cara butang menghadap ke arah anda.
2. Tolak pelekap mulut ke bawah sambil memegang peranti getaran pada
tempatnya untuk menanggalkan pelekap mulut.
YA
PEGANG
PEMBERSIHAN
Pelekap mulut perlu dibersihkan selepas setiap penggunaan rawatan.
Tanggalkan pelekap mulut daripada peranti getaran. Bilas pelekap mulut di
bawah air dan berus dengan berus gigi jika perlu. Kabel pengecasan USB dan
Peranti Getaran SureSmile VPro perlu disimpan KERING.
PENGECASAN
Cas peranti getaran dengan menyambungkan kabel pengecasan ke sumber
kuasa USB. Pastikan output punca kuasa kurang daripada atau sama
dengan 5V 1A. Peranti akan berkelip-kelip berwarna biru apabila peranti
sedang mengecas. Peranti akan memancarkan lampu berwarna hijau secara
berterusan apabila pengecasan selesai. Peranti getaran akan berkelip-kelip
berwarna merah apabila ia kehabisan bateri. Peranti getaran tidak akan
bergetar semasa ia sedang dicas. Masa pengecasan yang disyorkan adalah
sekali seminggu. Peranti getaran dikuasakan secara dalaman (3.7 VDC)
oleh pek bateri polimer litium ion yang boleh dicas semula. Peranti getaran
tidak boleh beroperasi semasa ia sedang dicas. Jangan guna peranti apabila
dipalamkan ke sumber kuasa
NOTIFIKASI PERANTI
Biru (3 Kelip)
Biru (Berkelip Perlahan)
Hijau (3 Kelip)
Hijau (Berkelip Perlahan)
Hijau (Berkelip & Bergetar)
Jingga* (Berkelip Perlahan)
Jingga*, Hijau, Biru (1 Kelip Setiap Satu)
*LED jingga mungkin kelihatan Merah untuk sesetengah peranti.
PENYIMPANAN
Penjagaan yang betul perlu dilakukan bagi memastikan peranti getaran dan
pelekap mulut tidak rosak. Pelekap mulut perlu disimpan dalam bungkusan
asal. Peranti getaran dan pelekap mulut perlu disimpan pada suhu bilik.
Suhu Penyimpanan/Kendalian: 0°C hingga 30°C
Kelembapan Penyimpanan/Kendalian: 15% hingga 90%
Keadaan Atmosfera Penyimpanan/Kendalian: 700 hPa hingga 1060 hPA
Suhu Pengangkutan: -20°C hingga 45°C.
PELUPUSAN
Selepas selesai rawatan ortodontik anda, buang pelekap mulut ke dalam tong
sampah untuk dilupuskan. Peranti getaran dan kabel pengecasan perlu dibuang
di tempat berasingan untuk peralatan elektrik dan elektronik mengikut
peraturan tempatan anda.
Peralatan elektrik dan elektronik yang sudah diguna pakai (WEEE) tidak boleh
dicampurkan dengan sisa am isi rumah. Untuk proses rawatan, pemulihan
TIDAK
TOLAK
PEGANG
TOLAK
Sesi Bermula
Pengecasan sedang Dijalankan
Sesi Tamat
Pengecasan Selesai
Lokasi Peranti
Kuasa Bateri Rendah
Set Semula/But Semula
MY