Husqvarna 120 Manual De Usuario página 193

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Jangan gunakan produk yang rosak.
Jangan gunakan produk dengan kerosakan
ketara pada penutup palam pencucuh dan kabel
pencucuhan. Risiko berlaku percikan akan timbul,
yang boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan gunakan produk jika anda penat, semasa
di bawah pengaruh alkohol atau dadah, ubat atau
apa-apa yang boleh mempengaruhi penglihatan,
kesedaran, koordinasi atau pertimbangan.
Jangan gunakan produk dalam cuaca buruk seperti
kabus tebal, hujan lebat, angin kencang, suhu
terlampau sejuk dan lain-lain. Bekerja dalam cuaca
buruk adalah memenatkan dan sering membawa
risiko tambahan, seperti tanah yang licin, arah
tumbang yang sukar dijangka dan lain-lain.
Jangan hidupkan produk sehinggalah bar panduan,
rantai gergaji dan semua penutup telah dipasang
dengan betul. Rujuk
196 untuk arahan. Jika bar dan rantai gergaji tidak
dipasangkan pada produk, cekam boleh menjadi
longgar dan menyebabkan kecederaan serius.
(Rajah 16)
Jangan hidupkan produk di dalam bangunan. Asap
ekzos boleh mendatangkan bahaya jika disedut.
Asap ekzos daripada enjin adalah panas dan
boleh mengandungi percikan yang boleh memulakan
kebakaran. Jangan mulakan produk berdekatan
dengan bahan yang mudah terbakar!
Perhatikan persekitaran anda dan pastikan tiada
risiko orang atau binatang terkena atau menjejaskan
kawalan anda terhadap produk.
Jangan benarkan kanak-kanak menggunakan atau
berada dalam persekitaran produk. Oleh sebab
produk dilengkapi suis mula/henti dimuatkan
spring dan boleh dihidupkan oleh kelajuan dan
kekuatan rendah pada pemegang penghidup, kanak-
kanak kecil dalam keadaan tertentu juga boleh
menghasilkan kekuatan yang diperlukan untuk
menghidupkan produk. Ini bermakna terdapat risiko
kecederaan parah. Oleh itu, keluarkan penutup
palam pencucuh apabila produk tidak diawasi.
Anda hendaklah berdiri dengan mantap agar
mempunyai kawalan penuh terhadap produk.
Jangan bekerja sambil berdiri di atas tangga, di atas
pokok atau di tempat yang tidak terdapat permukaan
rata tempat anda berdiri.
(Rajah 17)
Bekerja di atas pokok memerlukan teknik khusus
pemotongan dan bekerja yang mesti dipantau
supaya risiko kecederaan diri dapat dikurangkan.
Jangan bekerja di atas pokok melainkan anda
telah menerima latihan khusus dan profesional
untuk kerja-kerja sebegitu, termasuklah latihan
penggunaan peralatan memanjat dan kelengkapan
keselamatan seperti abah-abah, tali, tali pinggang,
besi panjat, cangkuk kilat, dll.
Jangan cuba menangkap bahagian yang dipotong.
Jangan memotong pada pokok apabila anda
930 - 007 - 06.03.2023
Pemasangan pada halaman
hanya dilindungi dengan satu tali. Pastikan anda
menggunakan dua utas tali yang dipasang kukuh.
Kurang perhatian boleh menyebabkan lantunan
jika zon lantunan di bar terkena dahan, pokok
berdekatan atau objek lain dengan tidak sengaja.
(Rajah 18)
Jangan gunakan produk dengan memegangnya
menggunakan sebelah tangan. Produk ini tidak
selamat untuk dikawal dengan sebelah tangan.
Pastikan anda memegang produk dengan kedua-
dua belah tangan pada setiap masa. Tangan kanan
mesti berada pada pemegang belakang dan tangan
kiri pada pemegang hadapan. Semua pengendali,
sama ada yang menggunakan tangan kanan atau
kidal mesti mengikut cara pegangan ini. Gunakan
pegangan yang kemas dengan ibu jari dan jari
lain mengelilingi pemegang. Cara pegangan ini
mengurangkan risiko lantunan dan memastikan
anda boleh mengawal produk itu. Jangan lepaskan
pemegang!
(Rajah 19)
Jangan gunakan produk pada paras yang lebih
tinggi daripada bahu.
(Rajah 20)
Jangan gunakan produk dalam situasi yang anda
tidak boleh meminta bantuan sekiranya berlaku
kemalangan.
Sebelum mengalihkan produk anda, matikan enjin
dan kunci rantai gergaji menggunakan brek rantai.
Angkat produk dalam keadaan bar panduan dan
rantai gergaji menghala ke belakang. Pasang
pelindung pengangkutan pada bar panduan sebelum
mengangkut produk atau membawanya ke mana-
mana tempat lain.
Apabila anda meletakkan produk di atas tanah,
kunci rantai gergaji menggunakan brek rantai dan
pastikan anda dapat melihat gergaji ini pada setiap
masa. Matikan enjin sebelum meninggalkan produk
walaupun sekejap.
Kadangkala serpihan tersangkut di dalam penutup
cekam yang menyebabkan rantai gergaji tersekat.
Sentiasa matikan enjin sebelum pembersihan.
Menjalankan enjin di kawasan tertutup atau yang
tidak mempunyai pengudaraan yang baik boleh
menyebabkan kematian akibat keracunan karbon
monoksida.
Asap ekzos daripada enjin adalah panas dan
mungkin mengandungi percikan yang boleh
memulakan kebakaran. Jangan hidupkan produk di
dalam bangunan atau berdekatan dengan bahan
yang mudah terbakar.
Gunakan brek rantai sebagai brek parkir apabila
anda memulakan produk dan apabila anda bergerak
dalam jarak dekat. Anda hendaklah membawa
produk dalam pemegang hadapan setiap kali. Hal
ini dapat mengurangkan risiko akan terkena rantai
gergaji bagi anda atau orang lain berdekatan dengan
anda.
193
loading

Este manual también es adecuado para:

125