ResMed AirMini Manual Del Usuario página 205

Ocultar thumbs Ver también para AirMini:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 74
• Terdapat dua ciri muat naik data yang berbeza:
Muat naik data latar belakang – membenarkan aplikasi untuk
memuat naik semua data yang belum dimuat naik ke storan
awan tanpa sebarang interaksi pengguna (ini bermakna, aplikasi
memuat naik data secara automatik apabila data baharu tersedia
dan terdapat sambungan internet yang aktif). Anda mesti
memberikan persetujuan untuk mengaktifkan ciri ini kerana ia
tidak diaktifkan dalam tetapan lalai. Ciri ini boleh diaktifkan atau
dinyahaktifkan pada bila-bila masa pada skrin More
(Selanjutnya).
Muat naik data atas permintaan – ciri khusus untuk pakar klinikal
atau ciri yang dimulakan oleh pesakit untuk memuat naik semua
data yang belum dihantar ke storan awan. Ciri ini boleh digunakan
oleh pakar klinikal atau pesakit tanpa mengira sama ada
persetujuan untuk muat naik data latar belakang telah diberikan
atau tidak. Untuk menggunakan ciri ini, aplikasi ini mesti
mempunyai sambungan Bluetooth yang aktif dengan AirMini.
Untuk maklumat lanjut, pautan disediakan pada halaman Welcome
(Selamat Datang):
• Ketahui Lebih Lanjut – penerangan mengenai cara analitik
digunakan
• Terma-terma – Terma-terma penggunaan ResMed
• Privasi – Notis privasi ResMed
• data saya – maklumat mengenai privasi data.
4. Selepas pilihan selesai pada halaman Welcome (Selamat Datang),
ketik Continue (Sambung).
5. Pada mesin anda, tekan butang Bluetooth
Aplikasi AirMini.
Apabila lampu mula menyala dengan warna biru , Bluetooth sudah
diaktifkan pada mesin AirMini anda dan sedia dihubungkan.
6. Pada peranti pintar anda, ketik tap Continue (Sambung).
Nama mesin AirMini anda akan muncul dalam senarai mesin apabila
mesin anda dapat dikesan.
apabila diarahkan oleh
Bahasa Melayu
9
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido