Ciri keselesaan
Ramp Time (Masa Ramp), Pressure Relief (Pelepasan Tekanan) dan
SmartStart dibolehkan pada mesin anda.
Ramp Time (Masa Ramp)
Ramp Time (Masa Ramp) adalah tempoh tekanan meningkat secara
beransur-ansur daripada tekanan permulaan yang lebih rendah kepada
tekanan rawatan yang ditetapkan. Ia direka untuk menjadikan permulaan
terapi lebih selesa.
SmartStart
Apabila SmartStart dihidupkan, terapi dimulakan secara automatik
apabila anda bernafas ke dalam topeng anda.
SmartStop
Apabila SmartStop dihidupkan, terapi berhenti secara automatik selepas
beberapa saat apabila anda menanggalkan topeng anda.
Expiratory Pressure Relief (Pelepasan Tekanan Ekspiratori)
Expiratory Pressure Relief [EPR](Pelepasan Tekanan Ekspiratori)
mengekalkan rawatan yang optimum semasa penyedutan dan
mengurangkan tekanan topeng yang dihantar semasa penghembusan.
Ia direka untuk menjadikan terapi lebih selesa.
Mengubah ciri keselesaan
Mesin AirMini anda sudah disediakan untuk keperluan anda oleh
penyedia anda, tetapi anda mungkin ingin membuat sedikit penyesuaian
pada tetapan keselesaan untuk menjadikan terapi anda lebih selesa.
Rujuk eBantuan Pesakit Aplikasi AirMini untuk maklumat lanjut
mengenai tetapan keselesaan atau untuk maklumat bagi menukar
tetapan ini.
Bahasa Melayu
7