• Penggunaan aksesori lain selain daripada yang dikhususkan
untuk mesin ini adalah tidak disyorkan. Ia mungkin
menyebabkan peningkatan penghasilan elektromagnetik atau
penurunan keimunan mesin dan mengakibatkan operasi yang
salah.
• Mesin tidak sepatutnya digunakan bersebelahan atau bersusun
dengan peralatan lain. Jika penggunaan bersebelahan atau
bersusun perlu dilakukan, mesin mesti diperhatikan untuk
mengesahkan operasi normal dengan konfigurasi yang akan
digunakan.
• Penyambung F20, N20 dan P10 untuk AirMini dilengkapi dengan
lubang. Penyambung F20 untuk AirMini turut dilengkapi AAV.
AAV dan lubang ini mempunyai fungsi keselamatan yang
khusus untuk mencegah pengumpulan karbon dioksida dalam
topeng. AAV dan lubang mesti sentiasa bersih dan tidak ditutup
atau tersumbat. Penyambung tidak sepatutnya digunakan jika
lubang atau AAV rosak kerana ia tidak boleh menjalankan fungsi
keselamatannya. Penyambung mesti diganti jika injap lubang
atau AAV rosak, herot atau koyak.
• Mesin ini tidak disasarkan untuk dikendalikan oleh orang
(merangkumi kanak-kanak) yang tidak berkemampuan daripada
segi fizikal, deria atau mental tanpa pemerhatian mencukupi
oleh individu yang bertanggungjawab ke atas keselamatan
pesakit.
• Peranti ini belum diuji atau disahkan untuk penggunaan dalam
kawasan X-ray, CT atau peralatan MRI. Jangan bawa peranti
dalam lingkungan 13 kaki (4 m) daripada peralatan X-ray atau
CT. Jangan bawa peranti ke dalam persekitaran MR.
22