Pasangkan klip pemegang ke cangkuk
boleh disorong tarik (Fig. 10, Fig. 11)
PERHATIAN:
Berhati-hati untuk tidak tersepit jari apabila memasangkan
klip pemegang ke cangkuk boleh disorong tarik.
Pasangkan klip pemegang ke cangkuk boleh disorong
tarik seperti yang digambarkan.
NOTA:
Pastikan setiap klip pemegang dimasukkan ke dalam lubang
penentududukan klip pemegang pada palang utama.
NOTA:
Pastikan kedua klip pemegang berada dalam arah
pemasangan yang sama.
Memasangkan peralatan pada cangkuk
boleh disorong tarik (Fig. 12)
Pasangkan peralatan pada cangkuk boleh disorong tarik
seperti yang digambarkan.
NOTA:
Pastikan setiap klip pemegang memegang pada posisi
terklip peralatan.
Mencagakkan cangkuk boleh disorong
tarik (Fig. 13)
PERHATIAN:
Jangan menggantung apa-apa selain peralatan pada cangkuk
boleh disorong tarik. Kalau tidak, cangkuk pemegang boleh
rosak dan kecederaan peribadi boleh berlaku.
PERHATIAN:
Pastikan semua bahagian dipasang dengan selamat
sebelum digunakan.
PERHATIAN:
Pegang pada palang utama dan cangkuk pemegang
apabila memasangkan cangkuk boleh disorong tarik.
Berhati-hati untuk tidak tersepit tangan dan jari anda
kerana palang dalam akan kembali ke kedudukan
asalnya oleh daya spring.
Pegang satu cangkuk pemegang untuk pasangkannya
ke tempat yang anda inginkan.
Pegang cangkuk pemegang yang satu lagi sambil
memanjangkan cangkuk boleh disorong tarik untuk
dipasangkan pada lokasi yang diinginkan (sisi lain).
Hidupkan dan laraskan sudut pencahayaan peralatan
untuk menerangi lokasi yang diinginkan seperti yang
digambarkan.
NOTIS:
Jika anda menggunakan bateri berat, hanya
putarkan palang lampu LED untuk melaraskan sudut
pencahayaan.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan bahawa alat dimatikan dan kartrij
bateri ditanggalkan sebelum anda cuba melakukan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
NOTIS:
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair, alkohol atau
bahan yang serupa. Ia boleh menyebabkan perubahan
warna, bentuk atau keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Pembersihan
PERHATIAN:
Jangan basuh alat menggunakan air.
Lapkan permukaan luar peralatan (badan peralatan)
dari semasa ke semasa dengan menggunakan kain
yang dilembapkan dengan air sabun.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori atau alat tambahan ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang dinyatakan
dalam manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori
atau alat tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada orang. Hanya gunakan aksesori
atau alat tambahan untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Servis Makita tempatan anda.
• Bateri dan pengecas asli Makita
NOTA:
Sebahagian barang dalam senarai mungkin disertakan
dalam bungkusan peralatan sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
38 Bahasa Melayu