Makita ML012G Manual De Instrucciones página 36

Ocultar thumbs Ver también para ML012G:
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 14
• Pastikan alat anda diservis oleh orang yang
berkelayakan dengan hanya menggunakan alat ganti
yang sama. Ini akan memastikan keselamatan produk
dapat dikekalkan.
• Jangan ubah suai atau cuba membaiki alat atau pek
bateri kecuali seperti yang dinyatakan dalam arahan
untuk penggunaan dan penjagaan.
15. Arahan keselamatan penting untuk kartrij bateri.
• Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca semua
arahan dan tanda amaran pada (1) pengecas bateri,
(2) bateri, dan (3) produk menggunakan bateri.
• Jangan menyahhimpun atau menghentak kartrij bateri.
Ia boleh mengakibatkan kebakaran, suhu berlebihan
atau letupan.
• Jika masa operasi menjadi sangat pendek, berhenti
operasi serta merta. Ia mungkin menyebabkan risiko
pemanasan lampau, melecur bahkan letupan.
• Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda, bilas mata
dengan air jernih dan dapatkan rawatan perubatan
serta merta. Ia mungkin menyebabkan kehilangan
penglihatan.
• Jangan pintaskan kartrij bateri.
• Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij bateri di lokasi
yang suhunya boleh mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
• Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia rosak teruk
atau haus sepenuhnya. Kartrij bateri boleh meletup
dalam kebakaran.
• Jangan memaku, memotong, menghancurkan,
membuang, menjatuhkan kartrij bateri atau memukul
objek keras pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian
boleh mengakibatkan kebakaran, suhu berlebihan,
atau letupan.
• Jangan gunakan bateri yang rosak.
• Bateri litium-ion yang terkandung adalah tertakluk
kepada keperluan Perundangan Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersial, cth, oleh pihak ketiga,
ejen penghantar, keperluan khas pada pembungkusan
dan pelabelan mestilah dipatuhi. Bagi penyediaan item
yang dihantar, rundingan dengan pakar bagi bahan
berbahaya adalah diperlukan. Sila ambil perhatian
juga tentang peraturan negara yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan bungkus
bateri supaya ia tidak bergerak dalam pembungkusan.
• Gunakan bateri hanya dengan produk yang ditentukan
oleh Makita. Memasang bateri kepada produk yang
tidak patuh mungkin menyebabkan kebakaran,
pemanasan lampau, atau kebocoran elektrolit.
• Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang
lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.
• Semasa dan selepas digunakan, kartrij bateri mungkin
menjadi panas yang boleh menyebabkan luka
terbakar atau luka terbakar pada suhu rendah. Ambil
perhatian terhadap pengendalian kartrij bateri panas.
• Jangan sentuh terminal alat sebaik sahaja digunakan
kerana ia boleh mencapai kepanasan yang boleh
menyebabkan luka terbakar.
• Jangan biarkan serpihan, habuk, atau tanah tersekat
di dalam terminal, lubang dan alur kartrij bateri.
Ini boleh mengakibatkan prestasi yang buruk atau
kerosakan alat atau kartrij bateri.
• Jangan gunakan kartrij bateri berhampiran talian
kuasa elektrik voltan tinggi melainkan alat ini
menyokong penggunaan talian kuasa elektrik voltan
tinggi. Ia boleh mengakibatkan pincang tugas atau
kerosakan alat atau kartrij bateri.
• Jauhkan bateri daripada kanak-kanak.
SIMPAN ARAHAN INI.
PERHATIAN: Hanya gunakan bateri asli Makita.
Penggunaan bateri Makita yang tidak asli atau bateri
yang telah diubah boleh mengakibatkan bateri pecah
yang menyebabkan kebakaran, kecederaan diri dan
kerosakan. Ia juga membatalkan jaminan Makita untuk
alat Makita dan pengecas.
16. Petua untuk mengekalkan hayat bateri maksimum.
• Cas kartrij bateri sebelum ternyahcas sepenuhnya.
Sentiasa hentikan operasi alat dan cas kartrij bateri
apabila anda menyedari kurang kuasa alat.
• Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas
sepenuhnya.
Terlebih cas memendekkan hayat servis bateri.
• Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada 10 °C - 40 °C
(50 °F - 104 °F). Biarkan kartrij bateri yang panas
menyejuk sebelum mengecasnya.
• Apabila tidak menggunakan kartrij bateri, tanggalkan
daripada alat atau pengecas.
• Cas kartrij bateri jika anda tidak gunakannya untuk
tempoh yang lama (lebih daripada enam bulan).
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan bahawa alat dimatikan dan kartrij
bateri ditanggalkan sebelum melaraskan atau
menyemak fungsi pada alat.
Memasang atau mengeluarkan kartrij
bateri (Fig. 2)
PERHATIAN:
Sentiasa matikan peralatan sebelum memasang atau
mengeluarkan kartrij bateri.
PERHATIAN:
Pegang alat dan kartrij bateri dengan kukuh semasa
memasang atau mengeluarkan kartrij bateri.
Kegagalan untuk memegang alat dan kartrij bateri
dengan kukuh boleh menyebabkan ia terlepas
daripada tangan anda dan mengakibatkan kerosakan
kepada alat dan kartrij bateri serta kecederaan diri.
Untuk memasang kartrij bateri, selaraskan lidah pada
kartrij bateri dengan alur pada perumah dan gelincirkan
ia ke tempatnya. Masukkan ia sepenuhnya sehingga ia
terkunci di tempatnya dengan klik kecil. Jika anda dapat
melihat penunjuk merah seperti yang ditunjukkan dalam
rajah, ia tidak dikunci sepenuhnya.
Untuk menanggalkan kartrij bateri, longsorkan daripada
alat di samping melongsorkan butang di bahagian
depan kartrij.
PERHATIAN:
Sentiasa pasang kartrij bateri sepenuhnya sehingga
penunjuk merah tidak boleh dilihat. Jika tidak, ia mungkin
jatuh daripada alat tanpa sengaja, menyebabkan
kecederaan kepada anda atau individu di sekeliling anda.
PERHATIAN:
Jangan pasang kartrij bateri secara paksa. Jika kartrij
tidak meluncur dengan mudah, ia tidak dimasukkan
dengan betul.
36 Bahasa Melayu
loading