BAHASA MELAYU
54
Mengosongkan bekas habuk dengan cepat
Pastikan anda mengosongkan petak habuk dengan tetap
untuk mengoptimumkan prestasi perkakas.
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mengosongkan petak habuk.
1
Tekan butang pelepas alat hidung (1) dan keluarkan alat hidung
daripada perkakas (2) (Gamb. 11).
2
Goncangkan kandungan bekas habuk ke dalam bakul
sampah (Gamb. 12).
Petua: Di samping itu, anda boleh menggunakan pembersih vakum biasa
untuk menyedut keluar kandungan daripada petak habuk.
3
Tolak alat hidung kembali pada perkakas ('klik') (Gamb. 13).
Membersihkan petak habuk dengan rapi
1
Tekan butang pelepas petak habuk (1) dan keluarkan petak habuk
daripada perkakas (2) (Gamb. 14).
2
Tarik keluarkan unit penuras daripada petak habuk (Gamb. 15).
3
Jika perlu, bersihkan unit penuras. Lihat bahagian 'Membersihkan
unit penuras'.
4
Buang isi petak habuk ke dalam bakul sampah (Gamb. 16).
5
Jika perlu, bersihkan petak habuk dengan kain yang lembap.
6
Letakkan semula unit turas ke dalam bekas habuk (Gamb. 17).
7
Untuk memasang semula petak habuk, sejajarkan slot pada petak
habuk dengan unjuran pada perkakas tersebut. Pertama sekali,
pasang bahagian bawah petak habuk. Kemudian tolak bahagian atas
petak habuk ke arah perkakas sehingga ia berdetap pada tempatnya
('klik') (Gamb. 18).
All manuals and user guides at all-guides.com