CYBEX ANORIS T i-SIZE Manual Del Usuario página 168

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 46
5
Tolak Lengan penguncian ISOFIX (7) ke dalam Titik penambat ISOFIX (8)
sehingga mengunci ke tempatnya dengan bunyi "KLIK". Penunjuk ISOFIX (9)
akan bertukar daripada MERAH kepada HIJAU.
Titik Tambatan ISOFIX adalah dua lag logam bagi setiap kerusi kenderaan. Lag
��
ini terletak di antara penyandar belakang dan permukaan kerusi bagi kerusi
kenderaan. Jika berasa ragu-ragu, rujuk manual pengguna kenderaan anda.
6. Pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak dipasang dengan kukuh pada titik
penambat ISOFIX (8) dengan mencuba untuk menanggalkan daripadanya.
7. Tolak kerusi keselamatan kanak-kanak ke arah penyandar kerusi kenderaan
sehingga ia selari sepenuhnya dengan penyandar.
8. Tekan butang pelarasan kaki penyangga (10) dan panjangkan kaki sehingga ia
menyentuh lantai kenderaan dengan kukuh.
9. Penunjuk kaki penyangga (11) beralih kepada HIJAU apabila kaki penyangga
diletakkan dengan betul di atas lantai kenderaan dan isyarat amaran akustik
akan berhenti.
10. Tarik kaki penyangga (4) keluar ke kedudukan penguncian seterusnya untuk
memastikan pemindahan daya optimum.
Pergerakan kerusi keselamatan kanak-kanak dari sisi ke sisi juga akan
��
menyandarkannya pada penyandar kenderaan.
PENANGGALAN DARIPADA KENDERAAN
1. Buka kunci Lengan penguncian ISOFIX (7) pada kedua-dua sisi dengan menekan
Butang pelepasan ISOFIX (6) dan pada masa sama menariknya kembali.
2. Alihkan kerusi keselamatan kanak-kanak dan luncurkan Lengan penguncian
ISOFIX (7) ke belakang sepenuhnya dalam kedudukan pangangkutannya.
3. Dengan menekan butang pelarasan kaki penyangga (10) ke belakang (4) dan
kemudian lipat ke dalam untuk menjimatkan ruang.
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala (12) boleh dilaraskan dengan menggunakan gagang pelarasan
penyandar kepala (13).
Semasa melaraskan penyandar kepala (12) pastikan bahawa terdapat 2 cm (lebih
kurang 2 jari lebar) ruang di antara bahu anak dan penyandar kepala.
MS
166
MELARASKAN KEDUDUKAN REBAH
Untuk melaraskan kerusi keselamatan kanak-kanak kepada kedudukan rebah
yang diingini, tekan pemegang pelarasan kedudukan (14) di hadapan kerusi
keselamatan kanak-kanak.
Sentiasa pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak berbunyi klik di tempatnya
��
apabila melaraskannya kepada kedudukan rebah yang diingini.
MENETAPKAN KEDUDUKAN KANAK-KANAK
1. Lepaskan perisai impak (15) dengan menekan butang pelarasan tali pinggang
keledar (16) dan tarik perisai impak bersama-sama ke hadapan.
2. Lepaskan kancing tali pinggang keledar (17) bagi perisai impak (15) dengan
menekan butang pelepasan merah bagi kerusi keselamatan kanak-kanak dan
letakkan perisai impak di sebelah kerusi keselamatan kanak-kanak.
3. Letakkan anak anda ke dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.
4. Letakkan semula perisai impak (15) dan palamkan lidah tali pinggang (18)
keledar ke dalam kancing tali pinggang keledar (17) bagi kereta keselamatan
kanak-kanak. Pastikan kancingnya terkunci di tempatnya dengan bunyi "KLIK"
yang boleh didengar. Tali pinggang keledar tidak sekali-kali boleh terpintal.
Penunjuk perisai impak (21) bertukar menjadi HIJAU.
5. Tarik perisai impak (15) untuk memastikan sama ada kancing tali pinggang
keledar (17) telah terkunci di tempatnya dengan betul.
6. Ketatkan dua tali pinggang keledar pelarasan (19) dengan menariknya
bersama-sama perisai impak dengan daya yang sama untuk melaraskan perisai
impak mengikut saiz kanak-kanak tersebut. Gerakkan perisai impak ke kiri dan
ke kanan sedikit supaya dapat dipasang dengan lurus. Ketatkan tali pinggang
keledar sehingga perisai impak terpasang dengan ketat pada badan dan
tulang paha kanak-kanak tersebut.
Setiap kali kanak-kanak itu dipasang tali pinggang keledar dengan kukuh,
��
pastikan perisai impak dengan betul dan ketatkan tali pinggang keledar
pelarasan.
Sebelum memulakan perjalanan pastikan bahawa semua penunjuk pada panel
paparan (5) menyalakan lampu HIJAU dengan menekan butang periksa (20).
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido