Makita EY403MP Manual De Instrucciones página 85

Accesorio para sierra de extinción
Ocultar thumbs Ver también para EY403MP:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 28
Pengangkutan
1.
Sebelum mengangkut alat, matikan alat dan
keluarkan kartrij bateri atau penutup palam
pencucuh. Sentiasa pasangkan penutup bar
panduan semasa pengangkutan.
2.
Apabila mengangkut alat, bawa ia dalam
kedudukan mendatar dengan memegang
genggaman atau pemegang.
3.
Jauhkan peredam panas daripada badan anda.
Apabila mengangkut alat di dalam kenderaan,
4.
kawal dengan selamat untuk mengelak
daripada terbalik. Jika tidak, tumpahan bahan api
dan kerosakan pada alat dan bagasi lain mungkin
berlaku.
Penyelenggaraan
1.
Pastikan alat anda diservis oleh pusat servis
kami yang diiktiraf, sentiasa menggunakan
hanya alat ganti yang asli. Pembaikan yang
tidak betul dan penyelenggaraan yang kurang baik
boleh memendekkan hayat alat dan meningkatkan
risiko kemalangan.
2.
Sebelum melakukan sebarang kerja
penyelenggaraan atau pembaikan atau
pembersihan alat, sentiasa matikan alat dan
keluarkan kartrij bateri atau penutup palam
pencucuh. Tunggu sehingga alat sejuk.
Sentiasa pakai sarung tangan pelindung
3.
semasa mengendalikan rantai gergaji.
4.
Selepas setiap penggunaan, ketatkan semua
skru dan nat, kecuali skru pelaras.
5.
Pastikan rantai gergaji tajam. Jika rantai
gergaji menjadi tumpul dan prestasi
pemotongannya tidak baik, minta pusat servis
yang diiktiraf Makita untuk mengasahnya atau
menggantinya dengan yang baharu.
Jangan cuba sebarang penyelenggaraan atau
6.
pembaikan yang tidak diterangkan dalam
manual arahan ini. Tanya pusat servis Makita
yang diiktiraf untuk kerja sedemikian.
Sentiasa gunakan alat ganti dan aksesori asli
7.
Makita sahaja. Menggunakan bahagian atau
aksesori yang dibekalkan oleh pihak ketiga boleh
mengakibatkan kerosakan alat, kerosakan harta
benda dan/atau kecederaan serius.
8.
Untuk mengurangkan risiko kebakaran, jangan
sekali-kali menservis peralatan di sekitar api.
Penyimpanan
1.
Sebelum menyimpan alat itu, lakukan
pembersihan dan penyelenggaraan penuh.
Pasangkan penutup bar panduan. Keluarkan
kartrij bateri atau penutup palam pencucuh.
Keringkan bahan api dan minyak rantai setelah
alat sejuk.
2.
Simpan alat di tempat yang kering dan
tinggi atau terkunci daripada jangkauan
kanak-kanak.
3.
Jangan menyendal alat pada sesuatu,
seperti dinding. Jika tidak, ia boleh jatuh dan
menyebabkan kecederaan.
Keselamatan elektrik dan bateri
Jangan hapuskan bateri dengan
1.
membakarnya. Sel mungkin meletup. Periksa
dengan kod tempatan untuk kemungkinan arahan
pelupusan khas.
2.
Jangan buka atau merosakkan bateri. Elektrolit
yang dibebaskan adalah menghakis dan boleh
menyebabkan kerosakan kepada mata atau kulit.
Ia mungkin toksik jika tertelan.
3.
Jangan cas bateri dalam hujan, atau di lokasi
yang basah.
4.
Jangan cas bateri di luar.
5.
Jangan kendalikan pengecas, termasuk palam
pengecas, dan terminal pengecas dengan
tangan yang basah.
6.
Elakkan persekitaran yang bahaya. Jangan
gunakan alat dalam lokasi sampah atau basah
atau mendedahkannya kepada hujan. Air yang
memasuki alat akan meningkatkan risiko kejutan
elektrik.
Pertolongan Cemas
1.
Sekiranya berlaku kemalangan, pastikan kotak
pertolongan cemas tersedia di sekitar kawasan
operasi. Segera gantikan barang yang diambil
dari kotak pertolongan cemas.
2.
Apabila minta bantuan, berikan maklumat
berikut:
Tempat kemalangan
Apa berlaku
Jumlah orang yang cedera
Jenis kecederaan
Nama anda
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
AMARAN:
Penggunaan produk ini boleh
menghasilkan habuk yang mengandungi bahan
kimia yang boleh menyebabkan penyakit
pernafasan atau lain-lain penyakit. Beberapa
contoh bahan kimia ini adalah sebatian yang
terdapat dalam racun perosak, racun serangga,
baja dan racun rumpai. Risiko dari pendedahan
ini berbeza-beza, bergantung kepada bagaimana
selalu anda melakukan kerja jenis ini. Untuk
mengurangkan pendedahan anda terhadap bahan
kimia ini: bekerja di kawasan pengudaraan yang
baik dan bekerja dengan peralatan keselamatan
yang diluluskan, seperti topeng habuk yang
direka khas untuk menyaring zarah mikroskopik.
85 BAHASA MELAYU
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido