Kemudian perlahan-lahan putarkan dilator sedikit demi sedikit:
putarkan dilator 5 kali ke kanan dan 5 kali ke kiri. Pergerakan-
pergerakan ini membantu meluaskan dengan lembut tisu vagina.
7. Apabila anda mahu berhenti senaman meregang ini, keluarkan
dilator dari vagina. Kekal berbaring dan santai selama beberapa
minit lagi.
Apabila anda boleh sisipkan satu saiz dengan selesa, vagina anda
telah cukup regang untuk membolehkan anda menggunakan dilator
yang besar sedikit. Semasa menukar ke saiz besar yang berikutnya,
sisipkan dahulu dilator yang baru lepas digunakan dan tinggalkan
dalam vagina untuk beberapa minit. Teruskan dengan dilator yang
besar sedikit sepertimana dinyatakan di atas. Senaman regangan ini
boleh diulang tiga hingga empat kali seminggu. Apabila anda boleh
sisipkan dilator yang terbesar dengan selesa, anda boleh memikirkan
tentang melakukan hubungan seks.
Pembersihan
Dilator Vagiwell
Selepas mengguna, basuh dilator(-dilator) dengan air suam dan
sabun yang lembut. Pastikan dilator(-dilator) adalah kering sebelum
menyimpan semula dalam kantung simpanan (set sahaja).
72
adalah untuk kegunaan khusus pesakit tunggal.
®