c. Apabila bateri tidak digunakan, jauhkannya daripada objek besi seperti klip kertas,
syiling, kunci, paku, skru atau lain-lain objek besi kecil yang boleh menyambungkan satu
terminal ke terminal yang lain. Menyambungkan terminal bateri boleh menyebabkan
melecur atau kebakaran.
d. Penggunaan yang tidak betul mengakibatkan cecair keluar daripada bateri; elakkan
sentuhan. Jika tersentuh, bilas dengan air. Jika terkena mata, dapatkan bantuan perubatan.
Cecair daripada bateri boleh menyebabkan kerengsaan atau kelecuhan.
e. Jangan gunakan pek bateri atau alat yang rosak atau diubah suai. Bateri yang
rosak atau diubah suai mungkin menunjukkan ragam yang tidak dapat diramalkan,
mengakibatkan kebakaran, letupan atau risiko kecederaan.
f. Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada api atau suhu yang berlebihan.
Pendedahan kepada api atau suhu melebihi 130 °C boleh menyebabkan letupan.
g. Ikuti semua arahan pengecasan dan jangan cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditentukan dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang ditentukan boleh merosakkan bateri dan meningkatkan risiko kebakaran.
Servis
a. Pastikan alat anda dibaiki oleh pakar yang diiktiraf yang menggunakan hanya alat
ganti yang sama.
Ini akan mengekalkan keselamatan alat ini.
b. Jangan sesekali servis pek bateri yang rosak. Servis pek bateri hanya boleh dilakukan oleh
pengilang atau penyedia perkhidmatan yang dibenarkan.
ARAHAN KESELAMATAN SPESIFIK MESIN
Amaran keselamatan untuk gerudi dan pemutar skru
Pegang alat kuasa pada permukaan cengkam berpenebat apabila melakukan operasi
yang pengikat boleh tersentuh pendawaian tersembunyi. Pengikat yang bersentuhan
dengan wayar "hidup" boleh membuatkan bahagian logam yang terdedah pada alat
kuasa menjadi konduktif dan boleh menyebabkan pengendali terkena renjatan elektrik
Guna pengesan yang sesuai untuk menentukan jika saluran utiliti tersembunyi dalam
kawasan kerja atau hunbungi syarikat utiliti tempatan anda untuk bantuan. Tersentuh
saluran elektrik boleh menyebabkan kebakaran dan kejutan elektrik. Menembusi saluran air
menyebabkan kerosakan harta benda atau boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Matikan alat kuasa serta-merta apabila alat tersekat atau tersangkut. Bersedia untuk tork
tindak balas yang tinggi yang boleh menyebabkan anjalan. Alat menjadi tersekat apabila:
• alat kuasa tertakluk pada beban lampau
• atau alat tersepit dalam bahan kerja.
Pegang mesin ini dengan genggaman yang kuat. Tork bertindak balas tinggi boleh berlaku
ketika mengetatkan atau melonggarkan skru.
Kemaskan bahan kerja. Bahan kerja yang diapit dengan alat pengapit atau ragum adalah
lebih kemas berbanding yang dipegang dengan tangan.
Pastikan tempat kerja anda bersih. Campuran bahan adalah merbahaya. Habuk daripada
aloi ringan boleh terbakar atau meletup.
63