IKEA TRIXIG Instrucciones Originales página 64

Ocultar thumbs Ver también para TRIXIG:
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 11
Sentiasa tunggu sehingga alat benar-benar berhenti sebelum meletakkannya. Sisipan alat
boleh tersekat dan menyebabkan alat ini hilang kawalan.
Elakkan menghidupkan suis tanpa sebab. Pastikan picu dalam posisi padam ketika
memasukkan pek bateri. Membawa alatan ini dengan jari anda pada picu atau memasukkan
pek bateri ketika suis hidup meninggikan risiko kemalangan.
Amaran Keselamatan pengecas bateri
Untuk kegunaan dalam bangunan sahaja.
Jauhkan pengecas bateri daripada hujan atau kelembapan. Risiko kejutan elektrik
meningkat apabila air masuk ke pengecas bateri.
Jangan mengecas bateri jenis yang lain. Pengecas bateri hanya sesuai untuk mengecas
bateri yang disertakan bersama peralatan anda. Jika sebaliknya berlaku, terdapat risiko
kebakaran dan letupan.
Pastikan pengecas bateri sentiasa bersih. Pengecas yang tercemar boleh mengakibatkan
kejutan elektrik.
Sebelum setiap penggunaan, periksa pengecas bateri, kabel dan palam. Jika terdapat
kerosakan, jangan gunakan pengecas bateri itu. Jangan membuka pengecas bateri sendiri.
Pastikan ia dibaiki oleh juruteknik yang berkelayakan. Pengecas bateri, kabel dan palam yang
rosak meningkatkan risiko kejutan elektrik.
Jangan gunakan pengecas bateri pada permukaan atau persekitaran yang mudah
terbakar (seperti kertas, tekstil, dsb). Haba pengecas bateri ketika proses mengecas boleh
mendedahkan kepada bahaya terbakar.
Awasi kanak-kanak agar mereka tidak bermain dengan pengecas bateri ini.
MAKLUMAT GETARAN DAN HINGAR
Tahap getaran dan hingar
Tahap getaran dan pelepasan hingar yang dinyatakan dalam manual arahan ini telah
diukur mengikut ujian standard dalam EN 62841. Maklumat ini boleh digunakan untuk
membandingkan satu alat dengan alat yang lain dan sebagai penilaian awal pendedahan
kepada getaran dan hingar apabila menggunakan alat bagi aplikasi yang dinyatakan dalam
manual ini. Walau bagaimanapun, menggunakan alat untuk aplikasi yang berbeza, atau
dengan aksesori yang berbeza atau tidak diselenggara dengan baik, boleh meningkatkan
tahap pendedahan dengan ketara.
Anggaran tahap pendedahan kepada getaran dan hingar juga harus mengambil kira masa alat
dimatikan atau semasa alat dihidupkan tetapi tidak digunakan, kerana ini boleh mengurangkan
tahap pendedahan sepanjang tempoh kerja dengan ketara. Lindungi diri anda daripada kesan
getaran dan hingar dengan mengekalkan alat dan aksesori alat, memastikan tangan anda
hangat dan mengatur kerja anda.
64
loading

Este manual también es adecuado para:

P2201