CYBEX SENSORSAFE Manual De Instrucciones página 107

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 31
Diluluskan untuk:
Cybex Sirona Z Line | Cybex Sirona Zi Line
Cybex Sirona S Line | CybexSirona M Line
gb Vaya Line
Pelanggan yang dihormati, terima kasih kerana membeli
klip SENSORSAFE. Produk ini dikilangkan di bawah
pemantauan kualiti khas dan mematuhi keperluan
keselamatan yang paling ketat.
MAKLUMAT PENTING
Arahan pendek berikut hanya bertujuan untuk
memberikan gambaran keseluruhan. Untuk
mencapai keselamatan dan keselesaan maksimum
untuk anak anda, anda perlu membaca keseluruhan
panduan pengguna kerusi kereta dengan teliti.
SENSORSAFE tidak boleh digunakan dengan
kerusi lain selain yang disenaraikan. Penggunaan
pada produk lain boleh menyebabkan bahaya serius
kepada anak anda.
SENSORSAFE perlu digunakan dan dipasang
mengikut arahan yang disediakan dalam manual ini.
Berikan perhatian kepada klip yang perlu berada di
kedudukan yang betul.
SENSORSAFE ialah sistem pemantauan yang
dipasang pada kerusi kereta dan disambungkan
kepada telefon pintar anda melalui Bluetooth
(Bluetooth kelas 2). Amaran akan dihantar kepada
anda sekiranya berlaku situasi yang tidak selamat
bagi kanak-kanak tersebut. Sistem terdiri daripada
dua komponen yang berikut:
1. Klip Peti Pintar: cth. ukuran suhu sekeliling, keadaan
klip terbuka atau tertutup.
2. Telefon pintar: SENSORSAFE hanya berfungsi
dengan aplikasi SENSORSAFE, yang tersedia di
Apple App Store atau Google Play Store (1).
Meskipun digunakan dengan betul dan mengikut
tujuan yang dimaksudkan, SENSORSAFE
bertindak hanya sebagai sistem sokongan
keselamatan tambahan. Kefungsiannya bergantung
pada beberapa faktor dan tidak boleh dijamin.
Tanggungjawab mutlak untuk keselamatan kanak-
kanak terletak pada ibu bapa atau pengasuh kanak-
kanak tersebut. SENSORSAFE tidak mewakili
apa-apa kejadian untuk memintas, meringankan
atau mewakili penggantian untuk tanggungjawab
perundangan ibu bapa.
AMARAN! Fungsi lengkap SENSORSAFE adalah
berdasarkan komunikasi kepada telefon pintar. Sila
bawanya bersama-sama anda sepanjang masa dan
aktifkan semua fungsi telefon pintar yang diperlukan
untuk SENSORSAFE.
AMARAN! Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda
tanpa pengawasan di dalam kereta.
Pastikan bahan pembungkusan plastik dijauhkan
daripada jangkauan anak-anak anda. bahaya
kelemasan!
Peranti elektronik yang terpakai tidak boleh dibuang
ke dalam sampah isi rumah.
��
Sila sentiasa sediakan manual arahan dekat dengan
kerusi kereta.
PEMASANGAN DAN PENYAHPASANGAN
Klip SENSORSAFE perlu dipasangkan pada sistem
abah-abah kerusi. Kedua-dua bahagian klip mempunyai
slot untuk menyambungkannya kepada sistem abah-
abah.
Untuk pemasangan kedua-dua bahagian, sila teruskan
seperti berikut:
• Genggam abah-abah di bawah pad bahu dan
lalukannya dari belakang ke depan melalui slot atas
klip (2).
• Bawa abah-abah ke belakang klip dan masukkannya
dari belakang ke depan di dalam slot bawah.
Pastikan abah-abah dilalukan terus melalui kedua-
��
dua slot dan tidak terpintal (3). Untuk menyahpasang
klipnya, tekan abah-abah bersama dan bawa keluar
dari slot.
MENAHAN KANAK-KANAK DENGAN ABAH-ABAH
DAN KLIP
Laraskan kerusi mengikut arahan dalam panduan
pengguna kerusi. Tahan anak anda seperti yang
diterangkan dalam panduan pengguna kerusi (lihat bab:
"MENGIKAT DENGAN SISTEM ABAH-ABAH"). Selepas
menutup kancing tali pinggang keledar, teruskan dengan
langkah-langkah tambahan berikut:
• Tutup klip dengan bunyi KLIK (4) yang boleh
didengar.
• Tolak klip yang ditutup ke bawah dulu – ke arah
kancing.
• Tarik dengan berhati-hati pada tali pinggang keledar
pelarasan tengah untuk mengetatkan tali bahu
keledar hingga cukup muat untuk badan anak
anda (5).
• Letakkan klip betul-betul di bawah pad bahu (6).
Sila pastikan sistem abah-abah diketatkan dan tidak
��
terpintal. Untuk membuka klip, sila tekan butang di
tengah-tengah dan tarik kedua-dua bahagian untuk
membuka (7).
APLIKASI SENSORSAFE
Muat turun dan sediakan
Aplikasi SENSORSAFE boleh dimuat turun dalam
Apple App Store atau Google Play Store secara
percuma. Untuk menggunakan klip SENSORSAFE yang
disambungkan kepada Aplikasi, SENSORSAFE sila
pastikan bahawa:
• aplikasi ini dipasang pada telefon pintar anda.
• Bluetooth dihidupkan.
• Klip dikancingkan dan telefon pintar anda
disambungkan kepadanya.
• Aplikasi SENSORSAFE diberikan keizinan untuk
menghantar pemberitahuan dan kelantangan
dihidupkan (Jangan Ganggu dinyahdayakan).
Sebelum penggunaan pertama
Sebelum menggunakan SENSORSAFE untuk kali
pertama, klip mesti didaftarkan kepada akaun telefon
pintar. Pada masa depan, sistem akan dikejutkan secara
automatik, apabila klip ditutup dan Bluetooth diaktifkan
pada telefon pintar anda selagi aplikasi sedang berjalan
MS
MS
105
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido