Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 180
3.6 Alat pemutus kuasa
BMW Wallbox tidak mempunyai suis kuasa sendiri. Pemutus litar arus baki atau pemutus litar pada
pemasangan rumah digunakan sebagai alat pemutus kuasa.

4 Pemasangan

4.1 Keperluan pemasangan
Ikut peraturan pemasangan tempatan.
Penyesuaian iklim: Jika terdapat perbezaan suhu lebih daripada 15 °C antara tempat
pengangkutan dengan tempat pemasangan yang dipilih, BMW Wallbox mestilah disesuaikan
iklimnya secara tertutup sekurang-kurangnya selama dua jam. Pembukaan BMW Wallbox dengan
segara boleh menyebabkan penghasilan kondensasi di bahagian dalam dan boleh merosakkan
alat semasa dihidupkan. Dalam keadaan tertentu, kerosakan daripada penghasilan kondensasi
mungkin hanya timbul setelah beberapa lama selepas pemasangan. Sebaik-baiknya, BMW Wallbox
disimpan di tempat pemasangan beberapa jam sebelum pemasangan. Jika tidak boleh, BMW
Wallbox patut disimpan di luar atau di dalam kenderaan pada suhu rendah (< 5 °C) tetapi tidak
semalaman.
4.2 Senarai peralatan
Alat pengukur dan pen
Mesin gerudi
Pemutar skru Torx T30
Pemutar skru untuk skru keselamatan Torx T20
Pemutar skru Phillips no. 2
Peralatan kelim
4.3 Kedudukan pemasangan yang disarankan
Semasa memilih kedudukan pemasangan, perhatikan ketercapaian soket mengecas kenderaan dan
juga arah letak kereta yang biasa.
738

Hide quick links:

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Tabla de contenido