Makita DHG180 Manual De Instrucciones página 30

Ocultar thumbs Ver también para DHG180:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 59
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
AMARAN
Bagi pengguna di Eropah:
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan orang yang mengalami
kecacatan fizikal atau kurang keupayaan mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi pengawasan berkenaan penggunaan alat ini secara selamat dan memahami bahaya
yang terlibat. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Bagi pengguna di kawasan selain Eropah:
Alat ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
kekurangan fizikal, deria atau kebolehan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
melainkan mereka telah diberikan penyeliaan dan arahan berkenaan penggunaan alat oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak harus diselia untuk memastikan mereka
tidak bermain dengan alat ini.
Lihat bab "PENYELENGGARAAN" untuk mendapatkan butiran langkah berjaga-jaga yang sesuai
semasa penyelenggaraan pengguna.
Kebakaran boleh berlaku jika alat tidak digunakan dengan berhati-hati, oleh itu
berhati-hati semasa menggunakan alat di tempat yang terdapat bahan mudah terbakar;
jangan kenakan di tempat yang sama untuk jangka masa yang lama;
jangan gunakan dengan kehadiran persekitaran yang mudah meletup;
sila ambil perhatian bahawa haba boleh mengalir ke bahan mudah terbakar yang tidak dapat
dilihat;
letakkan alat pada kaki alat selepas digunakan dan biarkan alat sejuk sebelum disimpan;
jangan biarkan alat tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
Ini merupakan alat yang beroperasi menggunakan bateri. Kartrij bateri dicas ketika ia dialih keluar daripada alat.
Lihat bab "SPESIFIKASI" untuk rujukan jenis bateri.
Lihat bahagian "Memasang atau mengeluarkan kartrij bateri" untuk cara mengeluarkan atau memasang
bateri.
Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan ia daripada alat dan lupuskan di tempat yang selamat. Ikut
peraturan tempatan anda berkaitan dengan pelupusan bateri.
Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.
Jangan pintaskan kartrij bateri.
SPESIFIKASI
Model:
Voltan terkadar
Suhu
Isi padu udara
Dimensi (P x L x T)
dengan BL1860B
Berat bersih
Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung di
dalam ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Spesifikasi dan kartrij bateri mungkin berbeza mengikut negara.
Berat mungkin berbeza bergantung kepada pemasangan, termasuk kartrij bateri. Kombinasi paling ringan dan
paling berat, mengikut Prosedur EPTA 01/2014, ditunjukkan di dalam jadual.
DHG180
550 °C
200 L/min
168 mm x 79 mm x 251 mm
1.0 - 1.3 kg
30 BAHASA MELAYU
DHG181
D.C. 18 V
Suhu persekitaran - 550 °C
1: 120 L/min
2: 200 L/min
173 mm x 79 mm x 255 mm
1.0 - 1.4 kg
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Dhg181

Tabla de contenido