Alfa Laval 34500021401 Manual De Instrucciones página 92

Intercambiadores de calor soldados
Tabla de contenido
Penukar Haba Terpateri Alfa Laval
Perlindungan terhadap lesu terma atau/dan
tekanan
Perubahan suhu dan tekanan yang tiba-tiba boleh
menyebabkan kerosakan lesu kepada penukar haba.
Oleh itu, yang berikut perlu diambil kira untuk
memastikan penukar haba beroperasi tanpa tekanan/
suhu yang tidak menentu.
Letakkan penderia suhu seberapa hampir yang
boleh dengan salur keluar daripada penukar haba.
Pilih injap dan peralatan pengatur yang
memberikan suhu/tekanan yang stabil untuk
penukar haba.
Untuk mengelakkan tukul air, injap yang ditutup
cepat tidak boleh digunakan, cth. injap buka/tutup.
Di dalam pemasangan automatik, pemberhentian
dan permulaan pam dan penggerakan injap perlu
diprogramkan supaya amplitud yang dihasilkan
dan kekerapan variasi tekanan akan seberapa
rendah yang boleh.
Penebatan
Penebatan pemanasan dan penyejukan tersedia
sebagai aksesori.
Nota: Sila ketahui bahawa had suhu bagi penebatan dan
penukar haba boleh berbeza.
Menyelesaikan masalah.
Untuk memastikan prestasi penukar haba yang betul,
pastikan bahawa:
sistem perpaipan telah disambungkan ke penukar
haba menurut arahan di dalam manual ini
penukar haba bersih sepenuhnya dan bebas
daripada endapan.
Nota: Partikel dan fiber boleh menyumbat penukar haba.
Peningkatan dalam jatuhan tekanan atau jatuhan dalam
kecekapan terma menunjukkan bahawa penukar haba rosak.
litar kawalan dipraset dengan betul dan tiada
penyejukbekuan berlaku.
Pembersihan
Peralatan ini sesuai untuk dibersihkan di tempatnya.
Untuk mendapatkan nasihat mengenai proses
pembersihan, rujuk wakil pembekal atau lawati laman
Internet pembekal. Orang yang bertanggungjawab
untuk operasi perlu memastikan bahawa kaedah
pembersihan yang betul digunakan dan perlu
memutuskan mengenai selang pembersihan yang
sesuai.
Nota: Pakej plat bukan untuk dibuka.
90
Nombor bahagian 340500021401
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido