Alfa Laval 34500021401 Manual De Instrucciones página 90

Intercambiadores de calor soldados
Tabla de contenido
Penukar Haba Terpateri Alfa Laval
Keperluan
Amaran: Penukar haba mesti dipasang dan
dikendalikan dengan cara supaya tiada risiko
kecederaan kepada kakitangan dan kerosakan kepada
harta-benda akan berlaku.
Nota: Kecuali dinyatakan sebaliknya, data produk untuk bahan
penyejuk biasa, iaitu HFC dan HCFC adalah berkaitan kepada
aplikasi penyejukan. Sebelum penukar haba digunakan untuk
cecair mudah bakar, toksik atau merbahaya (cth. hidrokarbon)
peraturan keselamatan yang relevan untuk mengendalikan
cecair seumpamanya mesti digunakan. Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk laman Internet pembekal.
Pemasangan
Pemasangan mesti disediakan bersama peralatan
yang melindungi penukar haba terhadap tekanan dan
suhu di luar nilai minimum dan maksimum yang
diluluskan yang ditunjukkan pada plat nama.
Awas: Untuk mengelakkan kecederaan tangan akibat
terkena bahagian tepi yang tajam, sarung tangan
pelindung perlu sentiasa dipakai semasa
mengendalikan penukar haba terpateri.
Untuk prestasi pemindahan haba yang terbaik,
penukar haba perlu disambungkan supaya aliran
media melalui penukar haba adalah dalam arah
bertentangan (dalam aliran lawan)..
Nota: Sebelum menyambungkan sebarang perpaipan,
pastikan semua objek asing telah dikeluarkan daripada sistem.
Awas: Ambil kira risiko kebakaran semasa kerja
pemasangan, iaitu berhati-hati mengenai jarak ke
bahan mudah bakar.
Awas: Jangan sekali-kali mengangkat pada
sambungan. Tali pengikat perlu digunakan semasa
mengangkat. Letakkan tali pengikat mengikut rajah 1.
Nota: Di dalam aplikasi penyejat dan di dalam aplikasi di mana
perubahan fasa media berlaku, penukar haba mesti dipasang
secara menegak menggunakan paip lurus (sekurang-
kurangnya 150-200 mm panjang) di antara injap
pengembangan dan salur masuk bahan penyejuk.
Cagakan
Dalam sistem paip yang tegar, penukar haba kecil
(berat 1–6 kg) boleh diampai terus di dalam kerja paip
(Rajah 2A). Penukar haba yang lebih besar perlu
diperkemaskan menggunakan cagakan sokongan
(Rajah 2D) yang disediakan untuk penukar haba
khusus (aksesori), atau diperkemaskan menggunakan
tali pengikat (Rajah 2C) atau dengan menggunakan
bolt cagakan (Rajah 2B). Untuk pesanan khas, bolt
cagakan boleh dikimpal ke depan atau belakang. Kilas
pengikat untuk bolt M6 adalah 3.8 Nm, bolt M8 adalah
9,5Nm dan untuk bolt M10 19.0 Nm.
Nota: Jika terdapat risiko getaran, gunakan cagakan anti
getaran seperti ditunjukkan dalam Rajah 2A.
Nota: Penukar haba yang mempunyai pengagih bahan
penyejuk perlu dicagak supaya pengagih berada di bawah.
Nota: Kerja paip perlu dipasang dengan kemas dan beban
tidak boleh melebihi nilai menurut jadual "Had bagi beban
Sambungan" di sebelah dalam halaman hadapan.
88
Nombor bahagian 340500021401
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido