Makita DX15 Manual De Instrucciones página 99

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 22
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
PENGENALAN
Aksesori ini direka bentuk untuk digunakan dengan
Tukul Kombinasi Makita untuk mengeluarkan habuk
konkrit ketika menggerudi.
HR007G
GRH07
AMARAN KESELAMATAN
Baca semua amaran keselamatan, arahan, ilustrasi
dan spesifikasi yang disediakan bersama alat kuasa
anda sebelum menggunakan sistem pengumpulan
habuk ini dengan alat kuasa anda.
PERHATIAN:
Sistem pengumpulan habuk bertujuan untuk
penggerudian pada konkrit sahaja. Jangan
gunakan sistem pengumpulan habuk untuk
penggerudian pada logam atau kayu.
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan kartrij
bateri dikeluarkan sebelum menjalankan
sebarang kerja pada alat.
Semasa menggunakan alat ini dengan
sistem pengumpulan habuk, pastikan anda
memasang penapis pada sistem pengumpulan
habuk untuk mengelakkan penyedutan habuk.
Sebelum menggunakan sistem pengumpulan
habuk, pastikan bahawa penapis tidak rosak.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan
penyedutan habuk.
Jangan gunakan sistem pengumpulan habuk
untuk penggerudian pada konkrit basah
atau gunakan sistem ini dalam persekitaran
basah. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan pincang tugas.
Jangan halakan muncung kepada diri anda
atau orang lain ketika melepaskan muncung
dengan menekan butang pelarasan panduan.
Sentiasa mengikut undang-undang, peraturan
dan ordinan negara yang menetapkan cara
bekerja dengan bahan yang berbahaya kepada
kesihatan.
Pakai perlindungan pernafasan ketika
mengosongkan bekas habuk.
NOTIS:
Jangan gunakan sistem pengumpulan habuk
bagi penggerudian atau penarahan teras.
Sebelum memasang sistem pengumpulan
habuk, pastikan titik pemasangan dan alat
kuasa itu sendiri bebas daripada habuk
dan bendasing. Selepas memasang sistem
pengumpulan habuk, pastikan juga ia
dipasang dengan kukuh.
Jangan sentuh bahagian penapis apabila
membersihkannya.
Jangan gunakan berus atau pengabuk udara
untuk membersihkan bahagian penapis.
Penggunaan berus atau udara termampat boleh
merosakkan penapis.
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
PEMASANGAN
Memasang sistem pengumpulan
habuk
1.
Luncurkan penutup salur udara keluar daripada
perumah motor sambil mengangkat tab kunci ke
kedudukan tidak terkunci.
► Rajah1: 1. Penutup salur udara 2. Tab kunci
2.
Lekapkan alat kepada sistem pengumpulan habuk
dengan meluncurkan alur panduan pada permukaan
bawah perumah gear di atas landasan panduan pada
permukaan atas sistem pengumpulan habuk sehingga
ia terkunci di tempatnya dengan bunyi klik.
► Rajah2: 1. Alur panduan 2. Landasan panduan
3. Sistem pengumpulan habuk
Mengeluarkan sistem pengumpulan
habuk
1.
Tanggalkan alat daripada sistem pengumpulan
habuk dengan meluncurkan alat keluar sambil menekan
butang buka kunci pada sistem pengumpulan habuk.
► Rajah3: 1. Sistem pengumpulan habuk 2. Butang
buka kunci
2.
Luncurkan penutup salur udara kembali bersama-
sama alur panduan pada perumah gear sehingga ia
terkunci di tempatnya dengan bunyi klik.
► Rajah4: 1. Penutup salur udara 2. Alur panduan
NOTIS:
Pastikan penutup salur udara
diletakkan kembali di atas salur udara selepas
menanggalkan sistem pengumpulan habuk
daripada alat. Prestasi alat boleh terjejas jika
dikendalikan tanpa penutup salur udara di tempatnya.
99 BAHASA MELAYU
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

199588-6

Tabla de contenido