Makita ML005G Manual De Instrucciones página 31

Ocultar thumbs Ver también para ML005G:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 9
• Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda, bilas mata
dengan air jernih dan dapatkan rawatan perubatan
serta merta. Ia mungkin menyebabkan kehilangan
penglihatan.
• Jangan pintaskan kartrij bateri.
• Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij bateri di lokasi
yang suhunya boleh mencapai atau melebihi 50 °C (122 °F).
• Jangan memaku, memotong, menghancurkan,
membuang, menjatuhkan kartrij bateri atau memukul
objek keras pada kartrij bateri. Perbuatan sedemikian
boleh mengakibatkan kebakaran, suhu berlebihan,
atau letupan.
• Jangan gunakan bateri yang rosak.
• Bateri litium-ion yang terkandung adalah tertakluk
kepada keperluan Perundangan Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersial, cth, oleh pihak ketiga,
ejen penghantar, keperluan khas pada pembungkusan
dan pelabelan mestilah dipatuhi. Bagi penyediaan item
yang dihantar, rundingan dengan pakar bagi bahan
berbahaya adalah diperlukan. Sila ambil perhatian
juga tentang peraturan negara yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan bungkus
bateri supaya ia tidak bergerak dalam pembungkusan.
• Gunakan bateri hanya dengan produk yang ditentukan
oleh Makita. Memasang bateri kepada produk yang
tidak patuh mungkin menyebabkan kebakaran,
pemanasan lampau, atau kebocoran elektrolit.
• Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang
lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.
• Semasa dan selepas digunakan, kartrij bateri mungkin
menjadi panas yang boleh menyebabkan luka
terbakar atau luka terbakar pada suhu rendah. Ambil
perhatian terhadap pengendalian kartrij bateri panas.
• Jangan sentuh terminal alat sebaik sahaja digunakan
kerana ia boleh mencapai kepanasan yang boleh
menyebabkan luka terbakar.
• Jangan biarkan serpihan, habuk, atau tanah tersekat
di dalam terminal, lubang dan alur kartrij bateri.
Ini boleh mengakibatkan prestasi yang buruk atau
kerosakan alat atau kartrij bateri.
• Jangan gunakan kartrij bateri berhampiran talian
kuasa elektrik voltan tinggi melainkan alat ini
menyokong penggunaan talian kuasa elektrik voltan
tinggi. Ia boleh mengakibatkan pincang tugas atau
kerosakan alat atau kartrij bateri.
• Jauhkan bateri daripada kanak-kanak.
11. Petua untuk mengekalkan hayat bateri maksimum.
• Cas kartrij bateri sebelum ternyahcas sepenuhnya.
Sentiasa hentikan operasi alat dan cas kartrij bateri
apabila anda menyedari kurang kuasa alat.
• Jangan cas semula kartrij bateri yang dicas sepenuhnya.
Terlebih cas memendekkan hayat servis bateri.
• Cas kartrij bateri dengan suhu bilik pada 10 °C - 40 °C
(50 °F - 104 °F). Biarkan kartrij bateri yang panas
menyejuk sebelum mengecasnya.
• Apabila tidak menggunakan kartrij bateri, tanggalkan
daripada alat atau pengecas.
• Cas kartrij bateri jika anda tidak gunakannya untuk
tempoh yang lama (lebih daripada enam bulan).
PERHATIAN: Hanya gunakan bateri asli Makita.
Penggunaan bateri Makita yang tidak asli atau bateri
yang telah diubah boleh mengakibatkan bateri pecah
yang menyebabkan kebakaran, kecederaan diri dan
kerosakan. Ia juga membatalkan jaminan Makita untuk
alat Makita dan pengecas.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
• Sentiasa pastikan bahawa alat dimatikan dan
kartrij bateri ditanggalkan sebelum melaraskan atau
menyemak fungsi pada alat.
Memasang atau mengeluarkan kartrij
bateri
PERHATIAN:
• Pegang alat dan kartrij bateri dengan kukuh
semasa memasang atau mengeluarkan kartrij
bateri.
Kegagalan untuk memegang alat dan kartrij bateri
dengan kukuh boleh menyebabkan ia terlepas
daripada tangan anda dan mengakibatkan kerosakan
kepada alat dan kartrij bateri serta kecederaan diri.
• Berhati-hati supaya tidak terkepit tangan anda di
antara alat dan kartrij bateri semasa memuatkan
kartrij bateri dan juga di antara alat dan penutup bateri
semasa menutup penutup bateri.
Untuk memasang kartrij bateri, lepaskan kunci penutup,
dan buka penutup bateri. (Fig. 1)
Masukkan kartrij bateri. Sejajarkan lidah pada kartrij
bateri dengan alur pada perumah dan selitkan ia ke
tempatnya. Masukkan ia sepenuhnya sehingga ia
terkunci di tempatnya dengan klik kecil. Jika anda boleh
melihat penunjuk merah di sisi atas butang, ia tidak
dikunci sepenuhnya. Kemudian, tutup penutup bateri.
Untuk mengeluarkan kartrij bateri, luncurkan ia daripada
alat apabila meluncurkan butang di hadapan kartrij.
(Fig. 2)
PERHATIAN:
• Pastikan kartrij bateri sentiasa dipasang sepenuhnya
di tempatnya. Jika tidak, ia mungkin jatuh daripada
alat tanpa sengaja, menyebabkan kecederaan kepada
anda atau individu di sekeliling anda.
• Jangan pasang kartrij bateri secara paksa. Jika kartrij
tidak meluncur dengan mudah, ia tidak dimasukkan
dengan betul.
31 Bahasa Melayu
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido