Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini.
Pastikan anda memahami maksudnya sebelum
menggunakan.
• Baca manual arahan.
• Hanya berlaku untuk negara-negara
Kesatuan Eropah. Sisa peralatan elektrik
dan elektronik, akumulator dan bateri
mungkin memberikan kesan negatif
terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia kerana adanya komponen yang
Ni-MH
Li-ion
berbahaya. Jangan buang peralatan
elektrik atau elektronik atau bateri bersama
dengan buangan isi rumah! Sesuai dengan
Arahan Eropah mengenai sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri, serta sisa akumulator dan bateri,
dan penyesuaiannya menurut undang-
undang nasional, sisa peralatan elektrik,
bateri dan akumulator harus disimpan
secara berasingan dan dikirim ke tempat
pengumpulan sampah kota yang terpisah,
dan dilupuskan sesuai dengan peraturan
perlindungan alam sekitar.
Ini ditunjukkan dengan simbol sebuah
tong sampah diberikan tanda silang yang
diletakkan pada peralatan.
• Sinaran Optik (UV dan IR).
Minimumkan pendedahan pada mata atau
kulit.
• Jangan renung pada lampu yang beroperasi.
• Gunakan pengadang atau pelindung mata
yang betul.
• Sila gunakan dengan berhati-hati dan penuh
perhatian!
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING
AMARAN: Semasa menggunakan alat, langkah
berjaga-jaga keselamatan asas harus sentiasa diikuti
untuk mengurangkan risiko kebakaran, kejutan elektrik
dan kecederaan peribadi, termasuk yang berikut:
BACA SEMUA ARAHAN.
1. Jangan melihat terus ke dalam lampu atau jangan
dedahkan lampu pada mata. Mata boleh rosak.
2. Jangan tutup lampu dengan kain atau kadbod, dll.
Jika tidak, ia boleh menyebabkan nyalaan api.
3. Jangan dedahkan ia kepada hujan atau salji. Jangan
basuh ia di dalam air.
4. Jangan sentuh bahagian dalam alat dengan penyepit
kecil, alat logam, dll.
5. Apabila alat tidak digunakan, sentiasa matikan dan
tanggalkan kartrij bateri daripada alat.
6. Jangan kenakan kejutan pada alat dengan
menjatuhkan, memukul, dll.
7. Maklumat keselamatan untuk lampu elektrik mudah
alih dengan bateri.
• Pelupusan bateri harus menurut peraturan setempat
anda yang khusus untuk pelupusan bahan berbahaya.
• Jangan bakar bateri.
8. Maklumat tambahan untuk lampu elektrik.
• Sumber cahaya sistem lampu ini tidak boleh diganti.
Seluruh sistem lampu hendaklah diganti apabila hayat
sumber cahaya berakhir.
9. Penggunaan dan penjagaan alat bateri.
• AMARAN: Baca semua amaran dan arahan
keselamatan. Kegagalan mematuhi amaran dan
arahan boleh mengakibatkan renjatan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
• Elakkan permulaan yang tidak disengajakan. Pastikan
suis dalam keadaan tutup sebelum menyambung
kepada pek bateri, semasa mengangkat atau
membawa alat. Membawa alat dengan jari anda
pada suis atau mentenagakan alat dengan suis pada
kedudukan hidup mengundang kemalangan.
• Putuskan sambungan pek bateri daripada alat
sebelum melakukan sebarang pelarasan, penukaran
aksesori atau penyimpanan alat. Langkah-langkah
keselamatan pencegahan sedemikian mengurangkan
risiko memulakan alat secara tidak sengaja.
• Cas semula dengan pengecas yang ditentukan oleh
pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai untuk
satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan risiko
kebakaran apabila digunakan dengan pek bateri lain.
• Gunakan alat dengan pek bateri yang ditentukan secara
khusus sahaja. Penggunaan mana-mana pek bateri lain
mungkin menimbulkan risiko kecederaan dan kebakaran.
• Apabila pek bateri tidak digunakan, jauhkannya daripada objek
logam lain, seperti klip kertas, duit syiling, kunci, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat sambungan dari
satu terminal ke terminal yang lain. Memintas terminal bateri
bersama-sama mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
• Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin terkeluar daripada
bateri; elakkan sentuhan. Jika tersentuh secara tidak sengaja,
siram dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan bantuan
perubatan di samping siraman air. Cecair yang terkeluar dari
bateri mungkin menyebabkan kegatalan atau lecuran.
• Jangan gunakan pek bateri atau alat yang rosak atau
diubah suai. Bateri yang rosak atau diubah suai mungkin
menunjukkan perilaku yang tidak dijangka menyebabkan
kebakaran, letupan atau risiko kecederaan.
• Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada api atau
suhu yang berlebihan. Pendedahan kepada api atau suhu
melebihi 130 °C (265 °F) mungkin menyebabkan letupan.
• Ikut semua arahan pengecasan dan jangan cas pek
bateri atau alat di luar julat suhu yang ditetapkan dalam
arahan. Mengecas dengan tidak betul atau pada suhu
di luar julat yang dinyatakan mungkin merosakkan
bateri dan meningkatkan risiko kebakaran.
• Pastikan alat anda diservis oleh orang yang berkelayakan
dengan hanya menggunakan alat ganti yang sama. Ini
akan memastikan keselamatan produk dapat dikekalkan.
• Jangan ubah suai atau cuba membaiki alat atau pek
bateri kecuali seperti yang dinyatakan dalam arahan
untuk penggunaan dan penjagaan.
10. Arahan keselamatan penting untuk kartrij bateri.
• Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca semua
arahan dan tanda amaran pada (1) pengecas bateri,
(2) bateri, dan (3) produk menggunakan bateri.
• Jangan menyahhimpun atau menghentak kartrij bateri. Ia boleh
mengakibatkan kebakaran, suhu berlebihan atau letupan.
• Jika masa operasi menjadi sangat pendek, berhenti
operasi serta merta. Ia mungkin menyebabkan risiko
pemanasan lampau, melecur bahkan letupan.
30 Bahasa Melayu