Bahasa Melayu - Philips Steam Plus FC7020/71 Manual De Instrucciones

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 3

BAHASA MELAYU

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali merendam perkakas di dalam air atau sebarang cecair
lain, atau pun membilasnya di bawah paip, kecuali bahagian yang boleh
ditanggalkan untuk pembersihan sebagaimana yang diarahkan.
-
Berhati-hati dengan stim panas yang keluar dari perkakas ini. Stim boleh
menyebabkan kulit melecur (Gamb. 1).
-
Untuk mengelakkan bahaya, jangan pindahkan perkakas di atas kord
sesalur kuasanya sendiri atau kord sesalur kuasa perkakas lain.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur tempatan anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas
itu sendiri menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah
terjatuh atau bocor.
-
Sentiasa bawa perkakas ke pusat servis yang disahkan oleh Philips untuk
diperiksa atau dibaiki. Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak
jaminannya menjadi tidak sah.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi
mengelakkan bahaya.
-
Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan
sesalur kuasa.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Pastikan perkakas, pin penyahkerak dan kord sesalurnya jauh dari
capaian kanak-kanak semasa perkakas dihidupkan atau sedang
menyejuk (Gamb. 2).
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Muncung perkakas boleh menjadi amat panas dan mungkin
menyebabkan kelecuran jika tersentuh.
-
Tanggalkan plag perkakas dan biarkan ia menyejuk selama sekurang-
kurangnya 60 minit sebelum anda membersihkannya, atau menyambung
atau menanggalkan pad dan pemegang pad, berus pembersih, bekas
habuk dan penapis dan sebelum anda mengeluarkan sumbatan bukaan
stim dengan pin penyahkerak.
-
Tangki air mempunyai muatan 0.4 liter. Jangan sekali-kali mengisi tangki
air lebih daripada jumlah ini.
-
Jangan simpan perkakas pada suhu kurang daripada 0°C.
-
Jangan sekali-kali menghalakan stim panas dari muncung perkakas ke
arah orang lain atau haiwan peliharaan (Gamb. 3).
Awas
-
Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan.
-
Jangan gunakan perkakas terlalu lama pada tempat yang sama, kerana ini
mungkin akan merosakkan lantai.
-
Jangan gunakan fungsi stim pada lantai papan atau berlamina tanpa
lapisan atas atau lantai yang lapisan kalis air atasnya telah rosak.
Stim mungkin akan menghilangkan kilat lantai papan yang dililinkan.
Uji kawasan yang tidak begitu kelihatan setiap kali anda hendak
memastikan sama ada lantai boleh dibersihkan dengan stim panas atau
tidak. Kami juga menasihati anda agar memeriksa arahan penyenggaraan
daripada pengeluar lantai tersebut.
-
Setiap kali anda selesai menstim, matikan perkakas dan tanggalkan plag
perkakas, lalu biarkan ia menyejuk selama 60 minit.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di dalam rumah sahaja.
-
Stim mungkin akan merosakkan atau menyebabkan penyahwarnaan
pada permukaan tertentu.
Jenis air yang harus digunakan
-
Perkakas anda telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip.
Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak
mungkin akan berlaku dengan cepat. Dalam kes ini, gunakan air suling
untuk memanjangkan hayat perkakas anda.
-
Untuk mendapatkan hasil pembersihan yang optimum, gunakan air suling.
-
Jangan masukkan detergen, minyak wangi, cuka, kanji, agen penyahkerak,
pembantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air,
kerana perkakas anda tidak direka bentuk untuk berfungsi dengan
bahan-bahan kimia ini.
-
Untuk memanjangkan hayat perkakas anda, ganti penuras nyahkerak
setiap 6 bulan.
Peluncur permaidani
Nota: Permaidani mungkin sedikit basah selepas anda mencucinya.
-
Dengan peluncur permaidani anda boleh menstim permaidani dan
ambal dengan lembut. Ini membolehkan anda mensanitasikan serta
menyegarkan permaidani dan ambal anda.
-
Kali pertama anda menggunakan peluncur permaidani, nasihat kami
kepada anda adalah untuk membersihkan kawasan kecil atau yang tidak
dapat dilihat pada permaidani atau ambal untuk memastikan ia tidak
dirosakkan oleh stim. Secara alternatif, anda juga boleh menyemak
pengeluar permaidani atau ambal sama ada ia sesuai dicuci dengan stim.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke www.shop.philips.com/
service atau pergi ke penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi
Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda (lihat risalah jaminan sedunia untuk
butiran hubungan).
-
Anda boleh memesan set penuras baru dan dua pad baru dengan
nombor jenis FC8056 (Gamb. 4).
Kitar semula
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula.
Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam sekitar.
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/
support atau baca risalah jaminan sedunia.
Penyelesai Masalah
Masalah
Sebab
Perkakas tidak
Anda tidak
mengeluarkan
menghidupkan
stim.
fungsi steim.
Dandang belum
dipanaskan lagi.
Tiada air dalam
takungan air.
Bukaan stim
tersumbat.
Penapis
tersumbat.
Penyelesaian
Hidupkan fungsi stim dengan
menekan butang stim pada bahagian
depan perkakas.
Apabila anda menekan butang stim,
dandang akan mula dipanaskan.
Selepas kira-kira 30 saat, perkakas
akan sedia untuk penstiman. Gelung
di sekeliling butang stim akan menyala
biru.
Penuhkan takungan air dan
letakkannya kembali ke dalam
perkakas.
Lama kelamaan mineral di dalam
air akan menyebabkan kerak mula
bertambah di bahagian bukaan stim.
Gunakan pin penyahkerakan yang
disediakan dengan perkakas untuk
mengeluarkan kerak dan sisa lain dari
bukaan stim.
Lama kelamaan mineral di dalam
air akan mengakibatkan kerak
menyumbat bukaan dalam penapis.
Anda perlu menggantikan penapis air
setiap 6 bulan.
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Steam plus fc7020/61Fc7021Fc7020

Tabla de contenido