8
Pasang kembali bahagian atas penutup penuras (1) dan kemudian tutup penutup
(2) ('klik') (Gamb. 43).
penggantian
Bateri alat kawalan jauh
1
Ganti bateri apabila lampu di atas unit kawalan jauh tidak berkelip ketika anda menekan mana-
mana butang (Gamb. 44).
Nota: Unit kawalan jauh anda mungkin berbeza daripada yang ditunjukkan dalam rajah.
2
Ikuti langkah 1 hingga 3 dalam bab 'Sebelum penggunaan pertama'.
penyimpanan
Nota: Setiap kali sebelum anda menyimpan perkakas, anda hendaklah memastikan bahawa anda telah
membersihkan silinder penuras dengan menekan butang AutoBersih (jenis tertentu sahaja) atau dengan
pemegang pembersih penuras (jenis tertentu sahaja). Lihat bahagian 'Membersihkan silinder
penuras' dalam bab 'Menggunakan perkakas'.
1
Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding (Gamb. 20).
2
Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord sesalur kuasa (Gamb. 45).
3
Laraskan tiub teleskop menjadi paling pendek.
4
Letakkan muncung Tri-Aktif dalam tetapan permaidani semasa anda menyimpannya (jalur
berus ditarik balik ke dalam muncung). Juga elakkan berus sisi daripada menjadi
bengkok (Gamb. 18).
5
Gunakan gegenggam penyimpanan untuk meletakkan perkakas pada kedudukan menegak.
Masukkan rabung pada muncung ke dalam slot penyimpanan pada perkakas. (Gamb. 46)
Petua: Anda boleh juga menanggalkan tiub daripada hos.
Petua: Anda boleh juga menyimpan perkakas dalam kedudukan mendatar. Dalam hal ini, masukkan
rabung pada muncung ke dalam slot penempatan.
Membuat pesanan penuras dan aksesori
Untuk membeli aksesori dan penuras, lawati laman web kami www.philps.com, hubungi Pusat
Layanan Pengguna Philips di negara anda atau lawati pakar pembersih vakum anda.
Jika anda mengalami sebarang kesukaran untuk mendapatkan penuras atau aksesori lain bagi
perkakas ini, sila hubungi Pusat Layanan Pengguna Philips di negara anda atau rujuk risalah jaminan
sedunia.
-
Penuras Udara Bersih Ultra HEPA 13 boleh basuh boleh didapati dengan nombor servis
432200493350
-
Silinder penuras bagi FC9262, ijas gelap: 432200909850
-
Silinder penuras bagi FC9256, putih ais: 4322 009 09840
-
Silinder penuras bagi FC9258, hijau kacang pis: 432200900090
alam sekitar
-
Bateri alat kawalan jauh mengandungi bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Jangan
buang bateri ini bersama sampah rumah biasa, sebaliknya buang ia di pusat pungutan rasmi bagi
bateri. Pastikan anda mengeluarkan bateri alat kawalan jauh sebelum membuang dan
menyerahkan perkakas ke pusat pungutan rasmi (Gamb. 47).
Bahasa MElayu
61