Philips Respironics DreamWear Manual De Instrucciones página 273

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 41
3 Sebelum Penggunaan
• Cuci seluruh topeng dengan tangan sebelum penggunaan (lihat bahagian
Penjagaan Topeng).
• Cuci muka anda. Jangan guna pelembap atau losen pada tangan atau muka anda.
• Periksa seluruh topeng. Buang dan gantikan sebarang bahagian yang rosak atau
lusuh.
4 Mencapai Pemuatan Sesuai
Penyesuaian Saiz Kusyen
Empat saiz kusyen (S, M, L, MW)
tersedia. Letakkan tolok penyesuaian
saiz kusyen di bawah hidung anda
(seperti yang ditunjukkan).
Petua: Untuk mendapatkan
prestasi terbaik, gunakan kusyen
paling kecil yang sesuai dengan
hidung anda.
1. Pegang tolok secara mendatar
di bawah hidung anda dan pilih
saiz kusyen berdasarkan tempat
pinggir luar lubang hidung dan
hujung hidung anda menyentuh
tolok. Sebuah cermin atau orang
lain boleh membantu dengan
penyesuaian saiz.
2. Pembukaan kusyen akan berada
betul-betul di bawah lubang
hidung anda. Kusyen akan
memegang kemas hidung anda
dan kebocoran akan diminimumkan.
3. Hidung anda tidak boleh sekali-kali berada di dalam pembukaan kusyen. Jika
mana-mana bahagian kusyen bertindih dengan hidung anda, kusyen tidak
dipakai dengan betul. Kusyen dengan saiz berbeza mungkin diperlukan.
Hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda untuk maklumat tambahan.
Kawalan Rintangan Philips Respironics System One
Menggunakan topeng anda dengan alat Philips Respironics System One akan
memberikan keselesaan optimum. Penyedia menetapkan nilai (X1) ini pada alat anda.
273
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido