Moulinex BY2M0B10 Manual Del Usuario página 24

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 10
• AMARAN: Risiko kecederaan
jika anda tidak menggunakan
perkakas ini dengan betul.
• Gunakan cerek anda hanya
untuk mendidihkan air
minuman.
• AMARAN: Terdapat sisa-
sisa haba pada permukaan
elemen pemanasan selepas
digunakan.
• Pastikan hanya menggunakan
pemegang semasa
pemanasan sehinggalah ia
menyejuk.
• Perkakas anda hanyalah untuk
kegunaan domestik di dalam
rumah pada altitud di bawah
4000 m.
• Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi piawaian
dan peraturan-peraturan (Arahan mengenai Voltan Rendah,
Keserasian Elektromagnetik, Bahan dalam hubungan bersama
artikel makanan, Alam sekitar, dan lain-lain.).
• Cuma pasang peralatan kepada soket utama berbumi. Semak
yang kuasa voltan dipaparkan pada piring penarafan pada
peralatan sepadan dengan pemasangan elektrik anda.
• Sebarang kesilapan sambungan akan membatalkan jaminan
anda.
• Jaminan tidak meliputi cerek yang gagal beroperasi atau
beroperasi teruk kerana gagal untuk menanggalkan kerak
secara kerap.
• Jangan biarkan kord kuasa tergantung di mana kanak-kanak
mungkin mencapainya.
• Jangan tanggalkan palam dengan menarik kord kuasa.
• Sebarang campur tangan dari pencucian biasa dan
penyelenggaraan oleh pelanggan perlu dilakukan oleh Pusat
Perkhidmatan Diluluskan.
• Cuma guna cerek anda untuk mendidihkan air minuman.
• Semua peralatan adalah tertakluk kepada prosedur kawalan
kualiti yang ketat. Ini termasuk ujian kegunaan sebenar pada
peralatan pilihan secara rawak, yang menerangakan sebarang
tanda penggunaan.
• Jangan sesekali gunakan pad penyental untuk tujuan
pembersihan.
• Untuk mengeluarkan penapis karat, alihkan cerek dari
tapaknya dan biarkannya sejuk. Jangan mengeluarkan
penapis ketika peralatan berisi air panas.
• Jangan menggunakan kaedah lain untuk membersihkan kerak
karat daripada cerek selain daripada kaedah yang disyorkan.
• Pastikan cerek dan kord kuasa jauh dari sebarang sumber
kepanasan, dari sebarang basahan atau permukaan licin dan
jauh dari permukaan tajam.
• Jangan guna peralatan di bilik air atau hampir pada sumber
air.
• Jangan guna cerek bila tangan anda atau kaki adalah basah.
• Sentiasa menanggalakn palam kord kuasa dengan segera jika
awak melihat sebarang kejanggalan semasa operasi.
• Jangan tarik kord kuasa untuk mengalihkannya dari soket di
dinding.
• Sentiasa berwaspada bila peralatan dihidupkan, dan
khususnya berhati-hati pada stim yang keluar dari muncung
yang mana ia sangat panas.
• Jangan tinggalkan kord kuasa tergantung dari meja atau
kaunter dapur untuk mengelakkan bahaya terjatuh ke atas
lantai.
• Jangan sentuh penapis atau penutup bila air sedang
mendidih.
• Juga berhati-hati kerana badan cerek keluli tahan karat
menjadi sangat panas semasa beroperasi. Cuma sentuh
pemegang cerek.
• Jangan alihkan cerek bila ia sedang beroperasi.
• Lindungi peralatan dari keadaan lembap dan beku.
• Sentiasa guna penapis semasa kitaran pemanasan.
• Jangan panaskan cerek bila ia kosong.
• Letakkan cerek dan kord kuasa dengan baik di belakang
permukaan kerja.
• Jaminan meliputi kecacatan pengeluaran dan penggunaan
domestik sahaja. Sebarang kebocoran atau kerosakan akibat
dari kegagalan untuk mematuhi dengan arahan penggunaan
in tidak dilindungi oleh jaminan.
SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN BUAT PERTAMA
KALI
1. Buang semua pembungkus, pelekat atau aksesori dari
bahagian dalam dan luar cerek.
2. Selaraskan kepanjangan kord dengan menggulungnya ke
bawah tapak. Sendalkan kord ke dalam takuk.
(gambarajah 1)
Masak air dan buang untuk dua tiga kali terlebih dulu kerana
ia mungkin mengandungi debu. Bilas cerek dan penapisnya
berasingan.
PENGGUNAAN
1. ISI CEREK DENGAN AIR SETAKAT YANG DIKEHENDAKI.
(gambarajah 6)
• Jangan sesekali mengisi air ke dalam cerek ketika ia masih
berada di tapaknya.
• Jangan mengisi air melebihi paras maksimum, atau di
bawah paras minimum. Jika cerek terlampau penuh, air yang
mendidih mungkin tertumpah.
• Jangan menggunakannya tanpa berisi air.
• Pastikan bahawa penutupnya ditutup dengan betul sebelum
digunakan.
2. LETAKKAN CEREK PADA TAPAKNYA. PASANG PALAMNYA
KE SOKET UTAMA.
3. BAGI CEREK YANG MEMPUNYAI SUIS SUHU
Pilih suhu mengikut keperluan anda:
Kedudukan
untuk mendidihkan air atau kedudukan
suhu sesuai bagi diminum segera.
(gambarajah 7)
4. MENGHIDUPKAN CEREK
Tekan butang on/off yang terletak di atas atau di bawah
pemegang mengikut model.
(gambarajah 8)
5. BAGI CEREK YANG MEMPUNYAI SUIS SUHU
jika anda segera mengalihkan kedudukan
ke kedudukan
selepas memanaskan air, cerek tersebut akan dihidupkan semula.
Jika anda merasakan ia memakan masa yang lama, anda boleh
menambahkan air sejuk untuk mempercepatkan pemanasan
semula.
6. CEREK MUNGKIN MEMPUNYAI LAMPU DALAMAN,
BERGANTUNG PADA MODEL
7. CEREK AKAN MATI SECARA AUTOMATIK
sebaik sahaja air mencapai tahap didih atau suhu yang dipilih.
Anda boleh memberhentikannya secara manual, sebelum
mengalihkannya daripada tapak untuk menuang air. Bergantung
pada model, lampu dalaman dan lampu penunjuk akan
terpadam apabila air mencapai tahap didih. Pastikan butang on/
off berada di kedudukan off selepas mendidih dan cerek telah
dimatikan sebelum mengalihkannya daripada tapaknya.
• Jangan biarkan air di dalam cerek selepas menggunakannya
kerana ini akan membuatkan kerak karat cepat terbentuk.
PEMBERSIHAN DAN PENYENGGARAAN
MEMBERSIHKAN CEREK ANDA
Cabut palamnya.
Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span lembap.
• Jangan sesekali merendam cerek, tapaknya, kord atau palam
elektrik di dalam air: penyambung elektrik atau suis mestilah
tidak terkena air.
• Jangan menggunakan pad penyental.
44
MEMBERSIHKAN PENAPIS (MENGIKUT MODEL)
Penapis boleh alih mengandungi jaring untuk menahan partikel
kerak dan menghalangnya jatuh ke dalam cawan anda apabila
dituang. Penapis ini tidak merawat mahupun menghilangkan
keliatan air. Ia dengan itu mengekalkan semua kualiti air.
Dengan air yang amat liat, penapis boleh tersumbat dengan
cepat (10 hingga 15 kali digunakan). Adalah penting untuk
membersihkannya dengan kerap. Jika ia basah, letakkannya di
bawah air yang mengalir, jika ia kering, berusnya dengan lembut.
Kadang-kadang kerak karat tidak tertanggal dengan sendiri,
keraknya perlu dibersihkan.
MEMBERSIH KERAK KARAT
Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan
sekali atau lebih kerap jika air anda amat liat.
• Gunakan cuka putih: Isikan cerek dengan 1/2l cuka,
Biarkannya selama 1 jam tanpa dipanaskan.
• Menggunakan asid sitrik: Didihkan ½ l air, Tambah 25g asid
sitrik dan biarkannya selama 15 min.
• Menggunakan pembersih kerak karat khusus untuk cerek
plastik: ikut arahan pengilang.
• Kosongkan cerek anda dan bilas sebanyak 5 atau 6 kali. Ulang
jika perlu.
Untuk membersihkan kerak karat pada penapis anda
(mengikut model):
Rendam penapis dalam cuka putih atau asid sitrik yang telah
dicairkan.
• Jangan sesekali menggunakan kaedah pembersihan kerak
karat lain selain daripada yang disyorkan.
SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH
TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK
ANDA
• Cerek tidak berfungsi atau terhenti sebelum air mendidih
– Pastikan cerek anda disambung dengan betul.
– Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang
terkumpul telah menyebabkan pemanasan terlampau
berlaku: biarkan cerek sejuk dan kemudian isikan air.
Bersihkan kerak karat terlebih dahulu jika ia telah
terkumpul.
Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih
kurang 15 minit.
• Rasa air seperti plastik:
untuk
JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT
KEROSAKAN YANG KETARA PADA KORD KUASA, PALAM ATAU
TAPAK CEREK
PENCEGAHAN KEMALANGAN DOMESTIK
Bagi kanak-kanak, luka terbakar atau lecuran, walaupun sedikit,
kadang-kadang boleh menjadi serius.
Sepanjang mereka membesar, didik anak anda untuk berhati-hati
dengan cecair panas yang berada di dapur. Letakkan cerek dan
kord bekalannya jauh ke dalam permukaan kerja, jauh daripada
capaian kanak-kanak.
Jika terjadi kemalangan, basuh lecuran di bawah aliran air sejuk
dengan segera dan hubungi doktor jika perlu.
• Bagi mengelakkan sebarang kemalangan: jangan mendukung
anak atau bayi anda ketika anda sedang meminum atau
membawa air yang panas.
PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Peralatan anda mengandungi banyak bahan yang
boleh diperoleh kembali atau dikitar semula.
Bawanya ke pusat pengumpulan bahan buangan
sivik tempatan.
安全操作說明
(gambarajah 9)
• 首次使用前,請仔細閱讀使用說明
書:如果使用者不遵從使用說明書
上的指示操作產品,生產商不會因
而負上任何責任。
• 請勿讓兒童操作本產品。
• 本產品不適合供下列人士 (包括小
孩) 使用:身體官能或心智能力退
化者,或是經驗與使用知識缺乏
者﹐除非他們有負責其安全的人員
在旁監督,或指示產品的使用方
法,方可使用。
• 請將設備及其電源線置於8歲以下
兒童不能觸及的地方。
• 本產品或可供下列人士 (包括小孩) 使
用:身體官能或心智能力退化者,或
是經驗與使用知識缺乏者﹐只要他們
有負責其安全的人員在旁監督,或指
示產品的安全使用方法,並明白當中
使用的危險,方可使用。
• 請勿讓兒童將本產品當成玩具。
• 8歲及以上的兒童有在旁監督及有
學習安全使用產品的方法,在完全
明白使用產品的危險下,或可使用
本產品。兒童須是8歲以上及有成
人在旁監督,才可進行普通清潔及
維護。
• 本產品設計只適用於家居使用。
• 在以下情況使用本產品將導致產品
保固失效:
– 商店、辦公室及其他工作環境的
員工廚房區域;
– 農舍;
– 由飯店、汽車旅館和其他居住式環
境中的客戶使用;
– 提供早餐與住宿的環境。
• 在電熱水壺中加水不得超過最高水
位指標,亦不能夠少於最低水位。
• 如果加入過多的水,開水可能會從
壺口噴出。
• 煮沸開水時,切勿揭開壺蓋。
• 電熱水壺使用時應扣緊壺蓋,並與隨
附的底座和防水垢濾網一併使用。
• 切勿將電熱水壺、底座或電源線浸
泡在水中或其他液體中。
• 如果電源線或插頭有損壞時,請勿
使用本電熱水壺。如果產品有損
45
ZH
loading