1.7
Bahan-bahan berbahaya
Memvakum bahan-bahan berbahaya boleh membawa kepada
kecederaan serius atau kecederaan yang boleh membawa
maut.
Bahan-bahan berikut tidak boleh dikutip oleh pembersih vakum:
• Habuk berbahaya
• Bahan-bahan yang panas (puntung rokok yang menyala,
abu panas, dan lain-lain)
• Cecair yang agresif, mudah terbakar, mudah meletup (sep-
erti petrol, pelarut, asid, alkali, dan lain-lain.)
• Habuk yang mudah terbakar, meletup (seperti habuk mag-
nesium atau aluminium, dan lain-lain.)
1.8
Penyelenggaraan
Sentiasa simpan mesin pembersih di tempat yang kering. Mesin pembersih ini direka
untuk kerja-kerja berat yang berterusan. Bergantung kepada tempoh masa penggunaan -
penapis habuk perlu diperbaharui. Pastikan bekas penyimpan habuk sentiasa bersih den-
gan menggunakan kain yang kering, dan sedikit semburan pengilat.
Untuk butiran lanjut mengenai perkhidmatan selepas jualan sila hubungi terus kepada
Nilfisk-Advance.
1.9
Waranti
Syarat am perniagaan kami adalah terpakai berhubung dengan jaminan.
Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan untuk perkakas, penggunaan berus yang tidak
betul di samping menggunakan perkakas dalam cara yang selain daripada tujuan yang
dimaksudkan mengecualikan pengilang daripada apa-apa liabiliti bagi kerosakan yang ter-
jadi.
Seperti yang dinyatakan dalam European Directive 2012/19/EU mengenai peralatan
elektrik dan elektronik lama, barangan elektrik yang digunakan mesti dikumpul secara
berasingan dan dikitar semula secara ekologi. Hubungi pihak berkuasa tempatan atau
pengedar terdekat anda untuk maklumat lanjut.
172
AMARAN
Terjemahan manual asal