Nilfisk VP930 Instrucciones De Uso página 168

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 57
1 Arahan keselamatan penting
1.1
Simbol yang digunakan untuk menandakan arahan
Bahaya yang boleh membawa kepada kecederaan se-
rius atau kematian.
Bahaya yang boleh membawa kepada kecederaan se-
rius atau kematian.
Bahaya yang boleh membawa kepada kecederaan dan
kerosakan kecil.
Sebelum menggunakan pembersih vakum untuk kali pertama, arahan berikut
mestilah dibaca dengan teliti. Simpan arahan bagi kegunaan akan datang.
1.2
Arahan untuk penggunaan
Di samping arahan pengendalian dan peraturan pencegahan kemalangan yang sah di
negara yang terbabit, patuhi peraturan yang diiktiraf demi keselamatan dan penggunaan
yang betul.
1.3
Tujuan dan penggunaan yang dimaksudkan
Mesin ini adalah bagi penggunaan komersial, contohnya di hotel, sekolah, hospital, kilang,
kedai dan pejabat selain daripada tujuan pengemasan kediaman biasa. Kemalangan aki-
bat salah guna hanya boleh dielakkan oleh mereka yang menggunakan mesin tersebut.
BACA DAN PATUHI SEMUA ARAHAN KESELAMATAN.
Mesin ini sesuai untuk memungut habuk kering dan tidak mudah terbakar.
Sebarang penggunaan lain dianggap sebagai penggunaan tidak wajar. Pihak pengeluar
tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh
penggunaan tersebut. Risiko bagi penggunaan sedemikian ditanggung sepenuhnya oleh
pengguna. Penggunaan yang betul juga termasuk operasi yang betul, servis dan pembai-
kan seperti yang dinyatakan oleh pihak pengeluar.
1.4
Amaran penting
• Untuk mengurangkan risiko kebakaran, kejutan elektrik,
atau kecederaan, sila baca dan ikut semua arahan kes-
elamatan dan tanda berhati-hati sebelum digunakan. Pem-
bersih vakum ini direka supaya ianya selamat digunakan
untuk fungsi pembersihan sebagaimana yang dinyatakan.
Sekiranya berlaku kerosakan kepada bahagian elektrikal
atau mekanikal, pembersih dan / atau aksesori perlu dibaiki
oleh pusat perkhidmatan yang kompeten atau pengilang
sebelum digunakan untuk mengelakkan kerosakan selan-
jutnya kepada mesin atau kecederaan fizikal kepada peng-
guna.
• Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik - Jangan guna-
kan di kawasan luar atau pada permukaan basah.
168
BAHAYA
AMARAN
AWAS
AMARAN
Terjemahan manual asal
loading