Cochlear Baha Manual Del Usuario página 40

Ocultar thumbs Ver también para Baha:
Tabla de contenido
Baha
Softband
®
MS
Manual pengguna
Penggunaan yang dicadangkan: Sistem Cochlear Baha
menggunakan konduksi tulang untuk memindahkan bunyi
daripada koklea (telinga dalam) dengan tujuan untuk
meningkatkan pendengaran. Baha Softband digunakan sebagai
sebahagian daripada Sistem Cochlear Baha untuk berfungsi
sebagai mekanisme penahan dan penggandingan bagi
Pemproses Bunyi Baha.
Petunjuk: Sistem Baha direka bentuk untuk pesakit dengan
kehilangan pendengaran konduktif, kehilangan pendengaran
bercampur dan kepekakan sensorineural sisi tunggal (SSD).
Manfaat Klinikal: Kebanyakan penerima penyelesaian
pendengaran konduksi tulang akan mengalami prestasi
pendengaran yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti
berbanding pendengaran tanpa bantuan.
Baha Softband adalah untuk kegunaan jangka panjang serta
untuk situasi ujian.
Ia tidak diperbuat daripada getah asli semula jadi. Ia dipasang
dengan satu atau dua cakera penyambung dan pelepas
keselamatan yang direka untuk terbuka jika Baha Softband harus
menangkap objek (Rajah 1).
Baha Softband boleh didapati dalam versi unilateral (Rajah 1) dan
bilateral (Rajah 2).
Bermula: Jika dihantar dengan Baha Softband, lekapkan
Pad lembut pada cakera (Rajah 3) dan laraskan panjang
jalur menggunakan penggelongsor (Rajah 4). Versi bilateral
78
mempunyai dua penggelongsor: satu untuk melaraskan jumlah
panjang dan satu lagi untuk melaraskan jarak di antara cakera
(Rajah 4).
Baha Softband hendaklah dipasang dengan kemas tetapi selesa
(satu jari sepatutnya boleh dimasukkan di bawah jalur).
1. Laraskan panjang Baha Softband
2. Lekapkan pemproses bunyi Baha pada cakera
3. Letakkan Baha Softband di atas kepala pemakai dan
laraskannya supaya muat dengan selesa. Untuk prestasi
terbaik, cakera hendaklah diletakkan rata di belakang telinga
atau pada mana-mana lokasi tulang tengkorak lain cth. dahi
(Rajah 5).
4. Hidupkan pemproses bunyi.
Untuk beberapa minggu pertama Baha Softband boleh dipakai
untuk suatu tempoh masa yang pendek sehingga pengguna
dapat membiasakan diri dengannya. Bagi membantu mengelak
sebarang kelembutan, gunakan Pad lembut dan ubah kedudukan
cakera pada kepala pemakai setiap hari.
Arahan pencucian: Baha Softband boleh dicuci dengan tangan
pada suhu 40 °C (104 °F) atau lebih dingin. Gunakan sabun yang
lembut tetapi elakkan pelembut fabrik. Jangan keringkan balik
kuang atau menggosok dengan seterika. Cakera tidak boleh
dibersihkan dengan berus kecil. Jangan sekali-kali gunakan apa-
apa larutan kimia yang kuat.
Awas :
• Keluarkan pemproses bunyi dan Pad lembut sebelum mencuci
atau membersihkannya.
79
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido