Semasa pengecasan, palam penyesuai akan terasa panas sedikit
apabila disentuh. Ini normal.
◗
Selalu mematikan pembersih vakum setelah penggunaan.
◗
Jauhkan perkakas daripada jangkauan kanak-kanak
◗
Voltan pada jalur hubungan di dalam unit pengecasan adalah
rendah (maks. 12 volt) maka ia tidak berbahaya.
◗
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa
memvakum.
◗
Matikan kuasa perkakas semasa mengecaskannya.
◗
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas.
Bersedia untuk menggunakannya
Memasangkan unit pengecasan
1
Pasangkan unit pengecasan pada dinding seperti yang ditunjukkan
dalam rajah (gamb. 2).
Jika anda memasangkan unit pengecasan pada dinding, jarak di antara
lubang-lubang skru hendaklah sepanjang 70mm.
2
Anda boleh juga meletakkan unit pengecasan di atas permukaan
mendatar (cth. meja atau bangku) (gamb. 3).
3
Kord sesalur berlebihan boleh dililitkan di sekeliling unit
pengecasan (gamb. 4).
Mengecas perkakas
Caskan perkakas selama sekurang-kurangnya 16 jam sebelum anda
menggunakannya pada kali pertama.
1
Masukkan palam penyesuai ke dalam soket dinding.
2
Letakkan pembersih vakum di atas unit pengecasan (gamb. 5).
◗
Lampu pengecasan akan menyala untuk menunjukkan bahawa
perkakas sedang dicas (gamb. 6).
Lampu pengecasan akan tetap menyala selagi perkakas masih
B
tersambung dengan unit pengecasan dan palam penyesuai masih
berada di dalam soket dinding.
BAHASA MELAYU
39