Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda
menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com
atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda
boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia).
Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil
penjual Philips tempatan anda.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda
hadapi dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan
maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
1
Kuasa sedutan tidak mencukupi.
A Periksa sama ada beg habuk penuh.
Jika perlu, gantikan beg habuk pakai buang atau kosongkan beg habuk boleh
guna semula (sesetengah negara sahaja).
B Periksa sama ada penuras harus dibersihkan atau diganti.
Jika perlu, bersih atau gantikan penuras.
C Periksa sama ada roda pemilihan kuasa sedutan berada pada kedudukan
maksimum.
D Periksa sama ada muncung, tiub atau hos tersumbat.
-
Untuk mengeluarkan sumbatan, cabut item yang tersumbat dan
sambungkannya (sejauh yang boleh) secara terbalik. Hidupkan
pembersih vakum untuk memaksa udara melalui item tersumbat
tersebut dalam arah yang bertentangan.
BahaSa MElayu
69