Rowenta VU621 Serie Advertencias De Seguridad página 15

Ocultar thumbs Ver también para VU621 Serie:
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 10
ARAHAN KESELAMATAN
Sebelum menggunakan, sentiasa periksa perkakas, plag dan kord kuasa berada dalam keadaan yang baik.
Alat perkakas ini harus digunakan dalam keadaan yang normal seperti yang ditakrifkan dalam notis ini. Untuk
model-model VU/VF662x, VU/VF666X dan VU/VF667x, alat perkakas ini harus digunakan dengan gril masuk
udara yang terpasang dan sistem penutupan dalam kedudukan tertutup.
Jangan sekali-kali benarkan air termasuk ke dalam perkakas.
• Alat perkakas ini tidak patut digunakan tanpa gril.
Jangan sentuh perkakas dengan tangan yang basah.
Jangan sekali-kali memasukkan objek ke dalam perkakas (cth. jarum...).
• Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak memasukkan jari mereka ke dalam grid
keselamatan.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, jabatan selepas jualan-perkhidmatan jualan pengilang
atau orang yang mempunyai kelayakan yang sama, untuk mengelakkan bahaya.
• Peranti anda mestilah dicabut sebelum sebarang penyenggaraan.
Untuk operasi penyenggaraan dan pelarasan, sila rujuk panduan pengguna yang diberikan bersama-sama
manual.
Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh seseorang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kurang keupayaan
fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan mengenai penggunaan alatan tersebut oleh seseorang yang bertanggungjawab ke
atas keselamatan mereka. Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
• Kemudahan elektrik bilik, serta pemasangan dan penggunaan perkakas mestilah mematuhi standard yang
berkuat kuasa di negara anda.
• Jangan gunakan perkakas anda berhampiran dengan objek atau produk yang mudah terbakar. Secara
umumnya, anda hendaklah sentiasa letakkan perkakas sekurang-kurangnya 50 cm jauh dari sebarang objek
(dinding, langsir, aerosol, dsb.).
• Jangan tarik kord kuasa atau perkakas, meskipun semasa mencabut plag dari soket dinding.
• Peranti ini hanya sesuai untuk kegunaan di tempat tinggal sahaja. Dalam penggunaan profesional yang tidak
sesuai atau tidak selaras dengan arahan, pengeluar tidak bertanggungjawab dan jaminan tidak sah.
• Sentiasa buka gulungan kord kuasa sepenuhnya sebelum menggunakannya.
• Jangan gunakan perkakas di dalam bilik yang berhabuk atau di lokasi yang terdapat risiko kebakaran.
• Perkakas ini tidak boleh digunakan di dalam persekitran yang lembap.
• Waranti ini akan ditaksahkan jika kerosakan berlaku kerana penggunaan yang salah.
OPERASI
Sebelum penggunaan pertama, pastikan bahawa voltan, frekuensi dan kuasa perkakas anda adalah sesuai untuk
bekalan elektrik anda.
Perkakas anda boleh berfungsi menggunakan plag yang tidak dibumikan. Ia adalah perkakas kelas II (penebatan
berganda
).
Sebelum menghidupkan perkakas anda, pastikan bahawa :
• perkakas ini disambung sepenuhnya seperti yang diterangkan dalam arahan keselamatan,
• perkakas diletakkan di atas permukaan yang stabil dan mendatar,
• perkakas diletakkan dalam kedudukan mengikut arahan yang diberikan dalam manual ini.
JANGAN CUBA UNTUK MEMAKSA AYUNAN SECARA MANUAL.
• BEKALAN KUASA KAWALAN JAUH : (VU/VF666X ; VU/VF667X) :
Kawalan jauh bekerja dengan 1 bateri CR2025 jenis syiling 3V, tidak dibekalkan.
Masukkan bateri ke dalam kompartmennya dan pastikan anda memasukkannya dengan kedudukan
hujung positif dan negatif di tempat yang betul seperti yang ditunjukkan dalam kompartmen bateri.
PENTING: Jika anda tidak menggunakan alat, anda dinasihatkan agar mematikan alat dan mencabut plag.
Untuk alat dengan kawalan jauh, anda dinasihatkan untuk mengeluarkan bateri dari kawalan jauh sebelum
disimpan dalam tempoh yang lama.
MS
15
loading

Este manual también es adecuado para:

Vf621 serieVu66 serieVf66 serieVu667 serieVf667 serie