6
Ketatkan unit motor pada tudung mangkuk (klik') (Gamb. 9).
7
Letak penolak di dalam tiub suapan.
Nota: Penolak mengelakkan tumpahan.
8
Tekan dan tahan butang kelajuan biasa atau butang kelajuan turbo untuk menghidupkan
perkakas (Gamb. 4).
Nota: Jika bahan ramuan terlekat pada dinding mangkuk, lepaskan butang untuk mematikan perkakas
dan leraikan bahan dengan spatula atau tambah sedikit cecair.
Nota: Biarkan perkakas itu menyejuk setiap kali selepas mencincang daging dengan unit mata pisau.
9
Selepas memproses, tekan butang pelepas penutup pada mangkuk (1) dan kemudian putarkan
penutup mengikut arah jam untuk menanggalkannya (2). (Gamb. 10)
petua
-
Perkakas mencincang dengan amat pantas. Gunakan butang kelajuan biasa atau butang kelajuan
turbo. Jika anda menggunakan butang kelajuan turbo, gunakan sekejap sahaja agar makanan tidak
menjadi terlalu halus.
-
Jangan biarkan perkakas berjalan terlalu lama apabila anda mencincang keju (keras) atau
coklat. Jika tidak bahan-bahan ini akan menjadi terlalu panas, mula cair dan menjadi berketul-ketul.
-
Jangan gunakan unit mata pisau untuk mencincang bahan yang sangat keras seperti biji kopi,
kunyit, buah pala dan kiub ais, kerana ini mungkin menyebabkan mata pisau menjadi tumpul.
Cakera gabungan
Cakera gabungan dimaksudkan untuk penghirisan dan pemayangan sayuran seperti timun, lobak
merah, kentang, lik dan bawang dan jenis keju tertentu. Satu sisi dimaksudkan untuk menghiris dan
yang satu lagi untuk memayang. Anda boleh menukar daripada menghiris kepada memayang dan
sebaliknya hanya dengan memutar cakera tersebut.
Jangan proses bahan keras seperti kiub ais dengan cakera tersebut.
Pinggir pemotong sisipan sangat tajam. Jangan sentuhnya.
1
Letakkan pemegang alat di dalam mangkuk (Gamb. 6).
2
Letakkan cakera gabungan pada pemegang alat dengan sisi menghiris atau memayang
menghadap ke atas, bergantung kepada hasil yang anda mahukan (Gamb. 11).
3
Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung melawan arah jam (2) untuk
menetapkannya ('klik') (Gamb. 8).
4
Letak bahan dalam tiub suapan.
-
Potong bahan yang besar menjadi ketulan yang muat tiub suapan.
-
Isi tiub suapan sama rata untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
-
Apabila anda perlu memproses jumlah besar bahan-bahan, proses dalam kelompok yang kecil
dan kosongkan mangkuk semasa antara kelompok itu.
-
Untuk memayang keju, seperti Parmesan, Gouda atau Emmentaler, keju itu hendaklah pada suhu
peti sejuk.
5
Ketatkan unit motor pada tudung mangkuk ('klik') (Gamb. 9).
6
Tekan dan tahan butang kelajuan biasa atau butang kelajuan turbo untuk menghidupkan
perkakas (Gamb. 4).
7
Tekan penolak dengan perlahan ke atas bahan di dalam tiub suapan.
BaHasa MElayu
39