Canon imageCLASS LBP623Cdw Introducción página 65

Ocultar thumbs Ver también para imageCLASS LBP623Cdw:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 36
Penafian
Maklumat dalam dokumen ini tertakluk pada
perubahan tanpa notis.
CANON INC. TIDAK MEMBUAT APA-APA
JAMINAN BERHUBUNG BAHAN INI, SAMA ADA
NYATA ATAU TERSIRAT, KECUALI YANG
DISEDIAKAN DALAM INI, TERMASUK TANPA
HAD, DARIPADA, JAMINAN KEBOLEHPASARAN,
KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI
TUJUAN TERTENTU PENGGUNAAN ATAU
BUKAN PELANGGARAN. CANON INC. TIDAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG
KEROSAKAN LANGSUNG, SAMPINGAN ATAU
APA JUA, ATAU KERUGIAN ATAU
PERBELANJAAN LANGSUNG, YANG TERHASIL
DARIPADA PENGGUNAAN BAHAN INI.
Ilustrasi dan Paparan Yang Digunakan dalam
Manual Ini
Ilustrasi dan paparan digunakan dalam manual ini
ialah imageCLASS LBP623Cdw melainkan
dinyatakan.
Tanda dagangan
Mac ialah tanda dagangan Apple Inc.
Microsoft, Windows, Windows Vista, Windows
Server, Internet Explorer, Excel, dan PowerPoint
ialah sama ada tanda dagangan berdaftar atau
tanda dagangan Microsoft Corporation di
Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Produk dan nama syarikat lain di sini mungkin
tanda dagangan bagi pemilik masing-masing.
Perisian Pihak Ketiga
Produk Canon ini ("PRODUK") termasuklah modul
perisian pihak ketiga. Penggunaan dan
pengagihan modul perisian ini, termasuk
sebarang kemas kini modul perisian tersebut
(secara kolektif, "PERISIAN) adalah tertakluk
kepada syarat lesen (1) hingga (9) di bawah.
(1) Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi
mana-mana undang-undang, larangan atau
peraturan kawalan eksport yang diterima guna
bagi negara yang terlibat dalam peristiwa
PRODUK ini termasuk PERISIAN dihantar,
dipindahkan atau dieksport ke mana-mana
negara.
(2) Pemilik hak PERISIAN mengekalkan dalam semua
hal, tajuk, pemilikan dan hak milik intelektual
dalam dan kepada PERISIAN. Kecuali diberikan
dengan jelas di dalam ini, tiada lesen atau hak,
tersurat atau tersirat, dengan ini disampaikan
atau diberikan oleh pemilik hak PERISIAN kepada
anda untuk mana-mana harta intelektual
pemegang hak PERISIAN.
(3) Anda boleh menggunakan PERISIAN hanya
untuk penggunaan bersama PRODUK.
(4) Anda tidak boleh menugaskan, memberi
sublesen, memasarkan, mengagih atau
memindahkan PERISIAN kepada mana-mana
pihak ketiga tanpa izin bertulis pemegang hak
PERISIAN terlebih dahulu.
(5) Walau apa pun yang disebut di atas, anda boleh
memindahkan PERISIAN hanya apabila (a) anda
menugaskan semua hak anda kepada PRODUK
dan semua hak dan kewajipan di bawah syarat
lesen kepada penerima pindahan dan (b)
penerima pindahan tersebut bersetuju untuk
diikat dengan semua syarat ini.
(6) Anda tidak boleh menyahkompil, mengatur
semula, memisahkan bahagian atau sebaliknya
mengurangkan kod PERISIAN kepada bentuk
boleh dibaca manusia.
(7) Anda tidak boleh mengubah suai, menerima
pakai, menterjemah, menyewa, memajakkan
atau meminjamkan PERISIAN atau mencipta
kerja tidak asli berasaskan PERISIAN.
(8) Anda tidak berhak untuk membuang atau
membuat salinan berlainan bagi PERISIAN
daripada PRODUK.
(9) Bahagian boleh dibaca manusia (kod sumber)
PERISIAN adalah tidak diberi lesen kepada anda.
Walau apa pun (1) hingga (9) di atas, PRODUK ini
menyertakan modul perisian pihak ketiga
mempersampingkan syarat lesen lain, dan modul
perisian ini adalah tertakluk kepada syarat lesen
lain.
Sila rujuk kepada syarat lesen lain bagi modul
perisian yang dinyatakan dalam Lampiran Manual
bagi PRODUK berkenaan. Manual ini tersedia di
http://canon.com/oip-manual.
Dengan menggunakan PRODUK ini, anda akan
dianggap bersetuju dengan syarat lesen yang
dikenakan. Jika anda tidak bersetuju dengan
syarat lesen ini, sila hubungi wakil perkhidmatan
anda.
V_180517
Ms
65
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass lbp621cw

Tabla de contenido