MENUKAR BATERI
Apabila kawalan jauh SYMFONISK kerap digunakan
dan seperti yang dikhususkan, bateri akan tahan
selama kira-kira 2 tahun.
Apabila tiba masa untuk bateri digantikan, petunjuk
LED merah pada belakang kawalan jauh bunyi akan
terpancar semasa kawalan jauh bunyi digunakan.
Buka penutup belakang, dan gantikan bateri dengan
bateri CR2032 yang baharu.
AMARAN:
Risiko letupan jika bateri digantikan dengan cara
yang tidak betul. Lupuskan bateri terpakai mengkut
arahan.
PENTING!
• Kawalan jauh bunyi SYMFONISK untuk kegunaan
luar sahaja dan boleh digunakan pada julat suhu
daripada 0ºC hingg 40ºC.
• Jangan tinggalkan kawalan jauh bunyi SYMFONISK
pada cahaya matahari langsung atau berhampiran
sebarang sumber haba, kerana ia akan jadi terlalu
panas.
• Julat antara kawalan jauh bunyi SYMFONISK dan
penerima diukur di kawasan terbuka. Bahan
binaan berbeza-beza dan peletakan unit boleh
memberi kesan kepada julat penyambungan tanpa
wayar.
Simpan arahan ini untuk kegunaan pada masa
hadapan.
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
21