6
Pasang semula penutup pelindung pada pencukur setelah setiap
penggunaan untuk mengelakkan kerosakan.
perapian (HQ6946/HQ6940 sahaja)
Anda boleh gunakan pengunting untuk mengunting bauk dan misai anda.
1
Tolakkan gelangsar ke atas untuk membuka perapi.
Perapi dapat dihidupkan semasa motor berjalan.
pembersihan dan penyelenggaraan
Pembersihan yang tetap menjamin prestasi pencukuran yang lebih baik.
Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas
ke dalam air, atau membilasnya di bawah air paip.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
-
Untuk pembersihan mudah dan optimum, Penyembur Pembersih
Kepala Pencukur Philips (HQ110) tersedia. Tanyakan wakil penjual
Philips untuk maklumat.
Nota: Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips mungkin tidak tersedia
di semua negara. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda tentang
ketersediaan aksesori ini.
Anda juga boleh membersihkan pencukur dengan cara yang berikut:
setiap minggu: unit pencukur dan ruang rambut
1
Matikan pencukur. Cabut plag sesalur utama dari soket dinding dan
cabut plag perkakas keluar daripada pencukur.
2
Bersihkan bahagian atas alat terlebih dahulu. Gunakan berus
pembersih yang dibekalkan.
BaHasa MElayu
35