pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
perihalan umum (gamb. 1)
1
Sikat perapian tepat
2
Sikat perapian standard
3
Kepala perapi boleh diputar
4
Panduan laser
5
Alur pemandu untuk sikat perapian
6
Paparan tetapan kepanjangan
7
Roda zum untuk tetapan kepanjangan
8
Butang hidup/mati
9
Lampu bateri
10 Soket untuk plag kecil
11 Penyesuai
12 Plag kecil
13 Berus pembersih
14 Pau penyimpanan (BT925/BT9290 sahaja)
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah
berpadanan dengan voltan sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda
menyambungkan perkakas ini.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Jangan gunakan pencukur di dalam tab mandi atau di bawah pancuran.
awas
-
Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika mana-mana bahagiannya rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan.
-
Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
-
Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.
-
Hanya gunakan plag penyesuai yang disediakan untuk mengecas
peralatan.
Bahasa MElayu
71