Awasi kartrij toner tiruan
Penggunaan kartrij toner yang palsu mungkin
•
mengakibatkan kualiti cetakan yang rendah
atau prestasi mesin yang tidak baik. Canon tidak
bertanggungjawab atas sebarang kepincangan,
kemalangan atau kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan kartrij toner palsu.
Untuk maklumat lanjut, lihat global.canon/ctc.
Tempoh ketersediaan bagi bahagian dan kartrij
toner untuk pembaikan serta yang sama
•
Bahagian dan kartrij toner untuk pembaikan
serta yang sama bagi mesin akan disediakan
untuk tempoh selama sekurang-kurangnya
tujuh (7) tahun selepas pengeluaran model
mesin ini dihentikan.
Bahan pembungkusan kartrij toner
•
Simpan bahan pembungkusan untuk kartrij
toner. Ia diperlukan apabila mengangkut
mesin ini.
•
Bahan pembungkusan boleh ditukar dari segi
bentuk atau kedudukan, atau boleh ditambah
atau dikeluarkan tanpa notis.
•
Selepas anda menarik keluar pita pengadang
daripada kartrij toner, lupuskannya mengikut
undang-undang tempatan yang berkuat kuasa.
Apabila melupuskan kartrij toner terpakai atau
yang sama
•
Apabila membuang kartrij toner atau yang
sama, letakkannya dalam bahan
pembungkusan asal untuk menghalang toner
daripada bertaburan dari dalam dan
lupuskannya mengikut undang-undang
tempatan yang berkuat kuasa.
Notis
Nama Produk
Peraturan keselamatan memerlukan nama produk
untuk didaftarkan.
Di sesetengah wilayah tempat produk ini dijual,
nama dalam kurungan ( ) berikut mungkin
didaftarkan sebagai ganti.
imageCLASS MF645Cx (F175002)
imageCLASS MF643Cdw / MF641Cw (F175000)
Keperluan EMC bagi Arahan EC
Peralatan ini mematuhi keperluan yang penting
dalam EMC bagi Arahan EC. Kami memperakui
bahawa produk ini mematuhi keperluan EMC
bagi Arahan EC pada input utama nominal 230 V,
50 Hz walaupun input produk berkadar ialah 220
sehingga 240 V, 50/60 Hz. Penggunaan kabel
terlindung adalah cukup untuk mematuhi
kehendak teknikal EMC bagi Arahan EC.
Maklumat Pengawalseliaan LAN
Wayarles
Regulatory information for users in Argentina
Incluye módulo Wireless LAN Module Marca
muRata, Modelo Type1KA, CNC C-17177
Regulatory information for users in Uruguay
imageCLASS MF645Cx / MF643Cdw / MF641Cw
contains URSEC approved Wireless LAN Module
(Model name: Type1KA).
Regulatory information for users in Singapore
Complies with
IMDA Standards
DB00671
Had Undang-undang bagi Penggunaan Produk
Anda dan Penggunaan Imej
Menggunakan produk anda untuk mengimbas,
mencetak atau sebaliknya menghasilkan semula
dokumen tertentu, dan penggunaan imej
berkenaan yang diimbas, dicetak atau sebaliknya
dihasilkan semula oleh produk anda, boleh
dilarang oleh undang-undang dan boleh
menyebabkan liabiliti jenayah dan/atau sivil.
Senarai dokumen yang tidak terhad ini dinyatakan
di bawah. Senarai ini dihasratkan sebagai
panduan sahaja. Jika anda tidak pasti tentang
undang-undang penggunaan produk anda untuk
mengimbas, mencetak atau sebaliknya
menghasilkan semula apa-apa dokumen tertentu,
dan/atau penggunaan imej yang diimbas, dicetak
atau sebaliknya dihasilkan semula, anda
hendaklah menghubungi penasihat undang-
undang anda untuk panduan terlebih dahulu.
Wang Kertas
•
Cek Kembara
•
•
Kiriman Wang
Setem Makanan
•
Sijil Deposit
•
Pasport
•
•
Setem Pos (dibatalkan atau tidak dibatalkan)
Kertas Imigresen
•
Lencana Pengenalan atau Tanda Kebesaran
•
•
Setem Hasil Dalam Negeri (dibatalkan atau
tidak dibatalkan)
Kertas Perkhidmatan atau Draf Terpilih
•
Bon atau Sijil Keterhutangan Lain
•
•
Cek atau Draf Yang Dikeluarkan oleh Agensi
Kerajaan
Sijil Saham
•
Lesen Kenderaan Motor dan Sijil Hak Milik
•
•
Karya Berhak Cipta/Karya Seni tanpa
Kebenaran Pemilik Hak Cipta
Penafian
Maklumat dalam dokumen ini tertakluk pada
•
perubahan tanpa notis.
•
CANON INC. TIDAK MEMBUAT APA-APA
JAMINAN BERHUBUNG BAHAN INI, SAMA ADA
NYATA ATAU TERSIRAT, KECUALI YANG
DISEDIAKAN DALAM INI, TERMASUK TANPA
HAD, DARIPADA, JAMINAN KEBOLEHPASARAN,
KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI
TUJUAN TERTENTU PENGGUNAAN ATAU
BUKAN PELANGGARAN. CANON INC. TIDAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG
KEROSAKAN LANGSUNG, SAMPINGAN ATAU
APA JUA, ATAU KERUGIAN ATAU
PERBELANJAAN LANGSUNG, YANG TERHASIL
DARIPADA PENGGUNAAN BAHAN INI.
Mengenai Manual Ini
Kekunci dan Butang Yang Digunakan dalam
Manual Ini
Simbol dan nama kekunci berikut adalah
beberapa contoh cara kekunci untuk ditekan
diterangkan dalam manual ini.
•
Kekunci panel operasi: [Ikon kekunci]
Contoh:
Paparan: <Tentukan destinasi.>
•
•
Butang dan item pada paparan komputer:
[Keutamaan]
Ilustrasi dan Paparan Yang Digunakan dalam
Manual Ini
Ilustrasi dan paparan digunakan dalam manual ini
ialah imageCLASS MF645Cx melainkan
dinyatakan.
Tanda dagangan
Mac ialah tanda dagangan Apple Inc.
Microsoft, Windows, Windows Vista, Windows
Server, Internet Explorer, Excel, dan PowerPoint
ialah sama ada tanda dagangan berdaftar atau
tanda dagangan Microsoft Corporation di
Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Produk dan nama syarikat lain di sini mungkin
tanda dagangan bagi pemilik masing-masing.
Perisian Pihak Ketiga
Produk Canon ini ("PRODUK") termasuklah modul
perisian pihak ketiga. Penggunaan dan
pengagihan modul perisian ini, termasuk
sebarang kemas kini modul perisian tersebut
(secara kolektif, "PERISIAN) adalah tertakluk
kepada syarat lesen (1) hingga (9) di bawah.
(1) Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi
mana-mana undang-undang, larangan atau
peraturan kawalan eksport yang diterima
guna bagi negara yang terlibat dalam
peristiwa PRODUK ini termasuk PERISIAN
dihantar, dipindahkan atau dieksport ke
mana-mana negara.
(2) Pemilik hak PERISIAN mengekalkan dalam
semua hal, tajuk, pemilikan dan hak milik
intelektual dalam dan kepada PERISIAN.
Kecuali diberikan dengan jelas di dalam ini,
tiada lesen atau hak, tersurat atau tersirat,
dengan ini disampaikan atau diberikan oleh
pemilik hak PERISIAN kepada anda untuk
mana-mana harta intelektual pemegang hak
PERISIAN.
(3) Anda boleh menggunakan PERISIAN hanya
untuk penggunaan bersama PRODUK.
(4) Anda tidak boleh menugaskan, memberi
sublesen, memasarkan, mengagih atau
memindahkan PERISIAN kepada mana-mana
pihak ketiga tanpa izin bertulis pemegang hak
PERISIAN terlebih dahulu.
(5) Walau apa pun yang disebut di atas, anda
boleh memindahkan PERISIAN hanya apabila
(a) anda menugaskan semua hak anda kepada
PRODUK dan semua hak dan kewajipan di
bawah syarat lesen kepada penerima
pindahan dan (b) penerima pindahan tersebut
bersetuju untuk diikat dengan semua syarat
ini.
(6) Anda tidak boleh menyahkompil, mengatur
semula, memisahkan bahagian atau
sebaliknya mengurangkan kod PERISIAN
kepada bentuk boleh dibaca manusia.
(7) Anda tidak boleh mengubah suai, menerima
pakai, menterjemah, menyewa, memajakkan
atau meminjamkan PERISIAN atau mencipta
kerja tidak asli berasaskan PERISIAN.
(8) Anda tidak berhak untuk membuang atau
membuat salinan berlainan bagi PERISIAN
daripada PRODUK.
(9) Bahagian boleh dibaca manusia (kod sumber)
PERISIAN adalah tidak diberi lesen kepada anda.
Walau apa pun (1) hingga (9) di atas, PRODUK ini
menyertakan modul perisian pihak ketiga
mempersampingkan syarat lesen lain, dan modul
perisian ini adalah tertakluk kepada syarat lesen
lain.
Sila rujuk kepada syarat lesen lain bagi modul
perisian yang dinyatakan dalam Lampiran Manual
bagi PRODUK berkenaan. Manual ini tersedia di
http://canon.com/oip-manual.
Dengan menggunakan PRODUK ini, anda akan
dianggap bersetuju dengan syarat lesen yang
dikenakan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat
lesen ini, sila hubungi wakil perkhidmatan anda.
Ms
V_180517
67