Awas
-
Jangan sekali-kali menggunakan pengisar lebih daripada 30 saat tanpa gangguan. Biarkan pengisar
menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.
-
Sentiasa proseskan bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis bersama-sama dengan
bahan-bahan lain. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin meninggalkan kesan ke atas
bahan-bahan plastik perkakas ini.
-
Bikar pengisar mungkin berubah warna apabila pengisar digunakan untuk memproses bahan-
bahan seperti bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis.
-
Pengisar kering tidak sesuai digunakan untuk mencincang daging mentah. Gunakan pengisar atau
pencincang untuk tujuan ini.
-
Jangan gunakan pengisar untuk memproses cecair seperti jus buah-buahan.
Pencincang (HR2168 sahaja)
Amaran:
-
Pastikan unit gandingan dipasang dengan kejap pada mangkuk pencincang sebelum anda
memasang pencincang pada unit motor.
-
Jangan sentuh mata pemotongan unit mata pisau pengisar apabila anda mengendali atau
membersihkannya. Ia sangat tajam dan jari anda boleh terluka dengan mudah.
-
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam mangkuk pencincang semasa
perkakas sedang berjalan.
-
Jika unit pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum anda mengeluarkan bahan-bahan yang
menyekat pisau.
Awas
-
Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul pada mangkuk pencincang sebelum anda
menghidupkan perkakas.
-
Jika makanan melekat pada dinding balang pencincang, matikan perkakas dan cabut plagnya.
Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding.
Penapis (HR2168/HR2167 sahaja)
Awas
-
Jangan sekali-kali menggunakan penapis untuk memproses bahan-bahan yang lebih panas
daripada 80 C.
-
Jangan sekali-kali menyaratkan penapis. Jangan isi penapis melebihi bahagian logamnya.
-
Sentiasa pastikan tudung balang pengisar ditutup/dipasang dengan betul dan cawan penyukat
dimasukkan dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas.
-
Potong buah menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam penapis.
-
Rendam bahan kering, seperti kacang soya, sebelum memasukkannya ke dalam penapis.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Kunci keselamatan binaan dalam
Ciri ini memastikan anda hanya boleh menghidupkan perkakas jika balang pengisar dan tudung, bikar
pengisar atau mangkuk pencincang dan tudungnya (jenis tertentu sahaja) dipasang pada unit motor
dengan betul. Jika balang pengisar dan tudung, bikar pengisar atau mangkuk pencincang dan
tudungnya dipasang dengan betul, kunci keselamatan terbina dalam akan terbuka.
Pelindung litar motor
Perkakas dilengkapi dengan pelindung litar motor yang mematikan motor jika motornya tersangkut
(yang mungkin berlaku semasa tugas pemprosesan yang berat atau jika perkakas tidak digunakan
BAHAsA MElAyU
49