Atos PROVOX TruTone EMOTE Instrucciones De Uso página 194

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 40
BILA?
• Cuma ingat untuk menekan butang kuasa seperlahan yang boleh dan tingkatkan
tekanan apabila anda mahu menunjukkan emosi atau penekanan. Letakkan emosi
anda ke dalam butang kuasa.
• Anda tidak perlu menggunakan intonasi dalam setiap perkataan, tetapi anda
secara semula jadi akan menambah beberapa intonasi untuk menekankan suku
kata individu, perkataan atau ungkapan apabila perlu.
• Jangan bimbang jika tidak bercakap dengan sempurna—anda akan jadi lebih
baik dan sekurang-kurangnya anda tidak akan bercakap dengan nada yang sama.
• Cuma tekan sekuat yang boleh pada butang mengikut tahap kesihatan dan
keselesaan peribadi anda.
• Walaupun anda tidak sedar menggunakan Butang EMOTION™, anda masih
boleh mencapai beberapa pengubahan nada suara semula jadi dengan perubahan
semula jadi dalam tekanan pada butang.
Beberapa Ungkapan Latihan
woOOow. lwn. wow. (Nota: Teruja lwn. Bosan)
SAYA CINTA awak. lwn. Saya cinta AWAK.
APA khabar? lwn. Apa KHABAR? (Ucapan lwn. Jawapan)
SELAMAT jalan lwn. Selamat JALAN.
Kemudian, berlatih beberapa ungkapan yang sering anda sebut—ungkapan yang
merupakan sebahagian daripada keperibadian anda. Anda mungkin ada rakan atau
ahli keluarga yang mencadangkan ungkapan yang mereka biasa dengar anda sebut.
Hanya tingkatkan dan kurangkan tekanan sedikit dengan ritma bagi setiap perkataan
dan suku kata yang berubah. Jangan terlalu memikirkan tentangnya semasa anda
sedang berbual—lambat laun, ia akan datang secara semula jadi.
12. Dapatkan Lebih Banyak lagi daripada Elektrolarinks anda
Penggunaan Telefon – Untuk penggunaan telefon, kedua-dua petua ini banyak
membantu meningkatkan komunikasi:
• RENDAHKAN kelantangan! Pusingkan peranti seperlahan yang boleh dan masih
menghasilkan nada. Dengan cara ini, penyebutan anda adalah sama kuat atau lebih
kuat daripada nada dari peranti itu. Jika tidak, nada mungkin terlalu kuat.
• Peletakan Mikrofon: Tempatkan mikrofon telefon ke atas berdekatan dengan
hidung. Ini memaksimumkan jarak antara mikrofon dan elektrolarinks serta stoma,
supaya ia tidak menerima bingar stoma dan dengung elektrolarinks.
Amaran:
• Jangan masukkan mana-mana bahagian elektrolarinks atau sebarang aksesori ke
dalam stoma.
• Jangan membakar atau merosakkan bateri secara fizikal.
• Jangan litar pintas sel atau bateri. Jangan simpan sel atau bateri secara
sembarangan di dalam poket, dompet, kotak atau laci di mana ia boleh litar pintas
satu sama lain atau dilitar pintas oleh bahan konduksian seperti syiling atau kunci.
• Kitar semula peranti dan buang bateri mengikut peraturan tempatan untuk bateri
lithium-ion.
• Peranti mengandungi magnet kuat yang boleh mengganggu perentak jantung atau
peranti implan lain. Rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakannya.
Untuk versi cetakan yang lebih besar, lawati http://TruToneEmote.com/Help.html
Jaminan Terhad
Untuk jaminan antarabangsa hubungi pengedar tempatan anda.
194
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido