Bahasa Melayu - Philips Salon Compact HP4828 Manual Del Usuario

Ocultar thumbs Ver también para Salon Compact HP4828:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles

Idiomas disponibles

8

BAHASA MELAYU

Pendahuluan
.
Pengering rambut ini adalah sebahagian daripada
baris Philips Salon Compact baru dan telah direka
bentuk untuk memberikan anda pengeringan yang
selesa dan boleh dipercayai. Ia mempunyai reka
bentuk yang padat dan ringat, memudahkan
penggunaan. Aliran udara yang kuat mengeringkan
rambut anda dengan cepat, menjadikan rambut
anda kuat, kembang dan sihat.
Anda boleh layari laman web kami di
www.consumer.philips.com untuk maklumat lanjut
mengenai produk ini atau produk Philips yang lain.
Deskripsi Am
.
A
Gril masuk udara
B
Suis gelangsar dengan 2 tetapan
kepanasan/kelajuan dan kedudukan matikan (off)
C
Penumpu
Penting
.
Baca arahan-arahan ini dengan teliti sebelum
menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan
di masa depan.
Periksa jikalau tandaan voltan pada alatan
bersamaan dengan voltan utama setempat
sebelum anda menyambungkan alatan.
Periksa keadaan kord utama secara kerap.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord atau
peralatan rosak.
Jika wayar utama rosak, ia mesti digantikan
oleh Philis, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan
bagi mengelakkan bahaya.
Jauhkan alat dari air! Jangan gunakan barang ini
berdekatan dengan air atau di atas air yang ada
di dalam takung mandi, besen basuh, sink, dll.
Jika digunakan di bilik mandi, cabut alat selepas
penggunaan kerana air yang berdekatan
merupakan risiko biarpun pengering rambut
dimatikan.
Untuk perlindungan tambahan, kami sarankan
agar anda memasang peranti penguji arus baki
(RCD) dengan arus pengoperasian baki
terkadar yang tidak melebihi 30mA di dalam
litar elektrik yang membekalkan kuasa ke bilik
air. Sila minta nasihat pemasang anda.
Jauhkan alat daripada capaian kanak-kanak.
Jangan sekali-kali menghadang gril udara.
Peralatan ini dilengkapi peranti pelindung panas
melampau. Jika peralatan menjadi terlampau
panas, ia akan mati dengan sendiri. Cabut plag
peralatan dan biarkan ia sejuk selama beberapa
minit. Sebelum anda menghidupkan peralatan
semula, periksa gril untuk memastikan tiada
bulu halus, rambut dan lain-lain tersumbat di
situ.
Sentiasa matikan peralatan sebelum
meletakkannya, walaupun untuk seketika.
Sentiasa cabutkan plag peralatan setelah
menggunakannya.
Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
Menggunakan peralatan
1
Pasang palam ke soket dinding.
2
Hidupkan alat ini dengan memilih setting yang
dikehendaki (gamb. 1).
- II: Aliran udara turbo untuk pengeringan
pantas.
- I:Aliran udara lembut khas untuk penggayaan.
- O: Matikan.
Mengeringkan rambut dengan menggerakkan
pengering seperti berus dekat rambut Anda.
Dandanan
Penumpu membolehkan anda menghala aliran
udara ke berus atau sikat yang anda gunakan untuk
mendandan rambut anda.
1
Sambungkan penumpu hanya dengan
mengetapkannya ke peralatan.
2
Tanggalkan penumpu dengan menariknya dari
peralatan (gamb. 2).
Pembersihan
.
Sentiasa cabutkan palam perkakas sebelum
membersihkannya.
Jangan sekali-kali membilas alat ini dengan air.
1
Bersihkan peralatan dengan kain kering.
2
Tanggalkan sambungan alat ini sebelum
membersihkannya.
3
Bersihkan sambungan dengan kain lembap atau
membilasnya di bawah pili air.
Penstoran
.
Sentiasa cabut plag peralatan sebelum menyimpan
peralatan.
Jangan sekali-kali letakkan peralatan ke bawah pada
alur udara. Sentiasa letakkan pada salah satu sisinya.
Simpan peralatan di tempat yang selamat dan
biarkan ia menyejuk.
Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
4222 002 61382
.
8/19
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Salon compact hp4824Salon compact hp4823

Tabla de contenido