Pengenalan
Menggunakan perkakas
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk
mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome. Baca manual
pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas
dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan
masa hadapan.
Pastikan anda meratakan pakaian pada permukaan yang rata. Jangan tekan
perkakas pada pakaian dengan kuat. Jangan gunakan perkakas pada sulaman,
zip, butang dan benang yang berumbai.
1 Tanggalkan penutup bateri dan masukkan 2 bateri alkali AA mengikut
terminal positif (+) dan negatif (-).
2 Untuk pakaian dengan lin pendek, tanggalkan penutup pelindung di
bahagian bawah perkakas. Untuk pakaian dengan lin lebih panjang,
sarungkan penutup pelindung di bahagian bawah perkakas.
3 Di bahagian sisi perkakas, luncurkan gelangsar ke atas untuk menghidupkan
perkakas.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
15