Electrolux Clario Manual Del Usuario página 62

Ocultar thumbs Ver también para Clario:
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 11
6
4
5
Gunakan Muncung Turbo atau Muncung Kuasa
(sebahagian model)
Awas: Hanya gunakan muncung pembersih di atas permaidani
dengan ketebalan di bawah 15 mm. Jangan gunakan pada hamparan
kulit binatang atau hamparan yang bertali panjang. Jangan biarkan
muncung pembersih diam sahaja sementara berus memusing.
Jangan sentuhkan muncung pembersih kepada kawat eletrik dan
padamkan muncung pembersih dengan segera selepas digunakan.
7
Pasang muncung turbo atau muncung kuasa pada tiub.
8
Pasangkan plag muncung kuasa ke soket elektrik di mesin dan
gunakan klip untuk mengetatkan kabel kepada tiub dan hos.
9
Hidupkan mesin untuk menghidupkan muncung kuasa.
10
Penyedutan juga boleh dikawal pada muncung turbo dengan
membuka/menutup lubang.
Membersihkan Muncung Turbo atau Muncung Kuasa
(sebahagian model)
11
Cabut plag dari soket elektrik dan keluarkan benang yang kusut di
berus dengan memotongnya dengan gunting.
12
Sisipkan pemutar skru untuk menanggalkan tudung muncung
kuasa. Keluarkan silinder berus dan sokongannya. Bersihkan
seperlunya dan pasangkan semula. Untuk membersihkan roda,
umpil perlahan-lahan daripada cagaknya.
13
Pasangkan semula tudungnya dan pastikan kedudukannya
sempurna.
Menggunakan kombinasi muncung/berus (sebahagian model)
14
Untuk membersihkan sarung kusyen, gunakan dalam kedudukan
yang ditunjukkan.
15
Untuk menyedut habuk, gunakan dalam kedudukan yang
ditunjukkan.
16
Untuk disimpan, pasangkan kepada tangkai hos.
Penanda s-bag™ kantung abuk dan mengganti kantung abuk
Untuk pelaksanaan terbaik, s-bag™ kantung abuk mesti diganti
setelah ia penuh. Jika kantung abuk terpecah di dalam mesin
pembersih, bawalah mesin anda ke Pusat Servis Electrolux untuk
dibersihkan. Penanda s-bag™ kantung abuk akan beransur-ansur
kemerahan apabila diisi dan menjadi merah penuh apabila ia padat.
Untuk memeriksa s-bag™ kantung bag, mesin pembersih ini mesti
dipasang, dengan semua sambungannya terhubung dan tidak
terletak di atas lantai.
Penanda penuh s-bag™ kantung abuk mungkin akan menunjukkan
bahawa kantung tersumbat (kadang-kadang disebabkan oleh abuk-
abuk halus dan ini akan menyebabkan kehilangan kuasa sedutan
dan akan menyebabkan mesin menjadi terlalu panas. Jika ini terjadi,
gantikan kantung abuk walaupun ia tidak penuh.
Untuk mengganti s-bag™ kantung abuk:
A) Buka kancing, pusingkan tudung dan letak di bahagian
belakang mesin.
B) Tarik tab gelunsur untuk menanggalkan s-bag™ kantung habuk.
C) Masukkan kantung habuk baru dengan menggelunsurkan slot s-
bag™ kantung ke dalam pemegang. Tutup.
Kami syorkan agar s-bag™ kantung abuk diganti:
*
setelah mengguna serbuk pencuci permaidani.
*
jika ada bau busuk dari mesin pembersih, maka anda harus juga
menggantikan/membersihkan penyaring.
For healthier homes
17
18
19
Sila ambil perhatian: Hanya gunakan s-bag™ kantung habuk
dan penyaring-penyaring yang tulen sahaja:
s-bag™ kantung habuk dan turas pelindung motor (ruj EF54)
Penyaring Mikro (ruj EF17)
Turas HEPA yang boleh dicuci dan digunakan semula
(ruj EF26a).
Kaedah keselamatan s-bag™ kantung abuk
Untuk mengelak kerosakan pada mesin pembersih, jangan
gunakannya tanpa kantung abuk. Sebuah kaedah keselamatan
dilengkapkan untuk mencegah tudung dari tertutup tanpa kantung
abuk. Jangan cuba mengejapkan tudung secara paksa.
Mengganti/Membersih penyaring:
Ini harus diganti dan dibersihkan bagi setiap gantian gantung abuk
yang kelima. Jangan sekali-kali menggunakan mesin pembersih
tanpa penyaring pelindung motor.
Untuk menukar Penyaring Pelindung Motor:
D) Lepaskan kunci dan putar penutup.
E) Buang unit itu. Masukkan unit penyaring baru dan tutup.
Menukar penyaring Mikro (sebahagian model):
F) Buka penutup penyaring.
G) Buang unit itu. Masukkan unit penyaring baru dan tutup.
Membersih penyaring HEPA (sebahagian model):
H) Buka penutup penyaring dan tanggalkan unit penyaring.
I) Bilas di dalam (sebelah kotor) penyaring di bawah air paip suam
sahaja. Jangan gunakan bahan pembersih dan elak daripada
menyentuh permukaan penyaring yang sangat rapuh. Ketuk
rangka penyaring untuk membuang air lebihan. Ulang prosedur
membasuh ini empat kali biarkan penyaring kering sendiri.
Prestasi asal penyaring kini dikembalikan. Tempatkan semula
unit ini ke dalam mesin pembersih dan tutup.
Mencari punca kesulitan
Tenaga: Jika tenaga elektrik tidak bernyala, putuskan dari kawat
besar dan periksa plug, kabel dan fuis yang sewajarnya.
Mesin tersumbat/penyaring kotor: Mesin pembersih mugkin
akan terpadam dengan sendiri jika ianya tersembuat teruk atau
penyaring terlalu kotor. Dalam hal yang demikian, putuskan dari
kawat besar dan biarkan ia sejuk buat 20-30 minit. Buangkan
sampah tersumbat dan/atau gantikan penyaring dan mulakannya
semula.
Tugas-tugas membuang sampah tersumbat di dalam hos tidak
termasuk dalam jaminan. Untuk mengelak dari tersumbat dan untuk
memastikan keberkesanan sedutan, muncung pembersih lantai harus
kerap kali dicuci dengan menggunakan tangkai hos.
Sila juga rujuk maklumat tambahan Electrolux di bahagian belakang
buku ini.
Air: Jika air tersedut masuk ke dalam mesin pembersih, motor
mesin mesti diganti di Pusat Servis Electrolux.
Jika anda mempunyai sebarang komen tentang mesin pembersih ini
atau tentang Buku Panduan Penggunaan Mesin, sila e-mail kami di:
For healthier
homes
58
loading