Panduan Permulaan Pantas
1. Mengecas
Sambungkan jam tangan kepada kabel pengecasan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah yang
berikut. Jajarkan dan sambungkan port mengecas kepada magnet penyangga pengecasan. Aras bateri
akan dipaparkan pada skrin.
•
Lap port mengecas sehingga kering sebelum pengecasan.
•
Gunakan kabel pengecasan yang disertakan dengan gelang tangan anda untuk mengecas.
2. Memuat turun Huawei Health
Untuk memuat turun dan memasang apl Huawei Health, cari Huawei Health dalam Gedung Play Google
atau Apple App Store.
3. Memasangkan jam tangan anda dengan telefon anda
Daripada senarai peranti dalam apl Huawei Health, pilih jam tangan dan ikut arahan pada skrin untuk
menyelesaikan pemasangan.
4. Mendapatkan bantuan
Lihat bantuan dalam talian dalam apl Huawei Health untuk maklumat lebih lanjut tentang sambungan dan
fungsi, dan juga tip penggunaan.
Butang kuasa
Tekan dan tahan butang
kuasa untuk menghidupkan
kuasa, mematikan kuasa,
atau memulakan semula
jam tangan.
Butang fungsi
92
Pengesan kadar
jantung
Port mengecas