Makita PDC1200 Manual De Instrucciones página 321

Ocultar thumbs Ver también para PDC1200:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 63
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan bahawa unit
dimatikan sebelum menjalankan sebarang kerja
pada unit.
Memasang unit
1.
Pasang bateri pada plat tapak pemasangan abah-
abah bahu seperti yang ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah7: 1. Bateri 2. Plat tapak
PERHATIAN:
Pastikan bateri dipasang
dengan kukuh pada plat tapak. Jika tidak, bateri
mungkin terjatuh semasa anda memakai unit atau
menggunakan unit tersebut, dan menyebabkan
kecederaan. Jika anda boleh melihat penunjuk merah
seperti ditunjukkan di dalam rajah, ia tidak dikunci
sepenuhnya.
► Rajah8: 1. Penunjuk merah
PERHATIAN:
Berhati-hati agar tidak tersepit
jari atau ibu jari anda antara bateri dan plat tapak
semasa memasang bateri.
PERHATIAN:
Semasa mengeluarkan bateri,
tekan butang kunci sambil memegang pemegang
dengan kemas. Sebelum mengeluarkan bateri,
tetapkan tali pinggang ke kedudukan terendah.
► Rajah9: 1. Pemegang 2. Butang kunci
2.
Selaraskan kedudukan tali pinggang. Tarik tuil
pelaras ketinggian, kemudian laraskan kedudukan
tali pinggang dengan melongsorkan plat tapak, dan
kemudian kembalikan tuil.
► Rajah10: 1. Tuil pelaras ketinggian 2. Plat tapak
3. Tali pinggang
PERHATIAN:
Semasa melaraskan kedudukan
tali pinggang, pastikan agar meletakkan unit
di bawah supaya bateri menghadap ke bawah
seperti yang ditunjukkan di dalam rajah.
NOTIS:
Sekiranya tuil pelaras ketinggian
longgar, ketatkan nat tuil pelaras ketinggian.
Apabila mengetatkan nat, jangan mengetatkannya
secara berlebihan. Jika tidak, tuil pelaras ketinggian
tidak akan bergerak.
► Rajah11: 1. Nat
NOTA: Sekiranya sukar meluncurkan plat tapak,
angkat bahagian bawah bateri sedikit supaya kakinya
tidak menyentuh tanah dan kemudian, luncurkan plat
tapak.
► Rajah12
3.
Pasang poket penyesuai pada tali pinggang
dengan pengikat cangkuk dan gelung seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah13: 1. Poket penyesuai
NOTA: Poket penyesuai boleh dipasang sama ada di
sebelah kiri atau kanan tali pinggang.
4.
Selaraskan lebar abah-abah bahu menggunakan
tali pinggang pelaras lebar.
► Rajah14: 1. Tali pinggang pelaras lebar
5.
Pasang unit, kemudian kunci kancing tali
pinggang dan kemudian, laraskan panjang tali
pinggang.
► Rajah15: 1. Kancing
NOTA: Anda boleh lipat dan pasangkan tali pinggang
dengan pengikat cangkuk dan gelung seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah16: 1. Tali sawat
6.
Laraskan panjang abah-abah bahu.
► Rajah17: 1. Abah-abah bahu
NOTA: Anda boleh lipat dan pasangkan tali pinggang
dengan pengikat cangkuk dan gelung seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah.
► Rajah18: 1. Tali sawat
PERHATIAN:
letakkan unit di permukaan yang rata dan stabil
supaya unit tidak terjatuh.
Semasa meletakkan unit, buka kunci tali pinggang dan
kemudian, turunkan unit dengan perlahan-lahan.
► Rajah19: 1. Kancing
OPERASI
PERHATIAN:
anda meletakkan abah-abah bahu di kedua-dua
bahu anda. Jika tidak, unit mungkin terjatuh semasa
anda memakai unit atau menggunakan unit tersebut,
dan menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
pastikan anda meletakkan abah-abah bahu di
belakang anda. Jika tidak, unit mungkin terjatuh dan
menyebabkan kecederaan.
PERHATIAN:
mesin sebelum menghidupkan unit, atau
sambungkan palam penyesuai atau alat/mesin
kuasa ke soket bateri. Jika tidak, alat atau mesin
boleh terjatuh dan menyebabkan kecederaan.
NOTA: Penyesuai untuk 18 V tidak tersedia untuk
unit ini.
Menyambungkan unit ke alat atau
mesin
1.
Tanggalkan bateri dari plat tapak pemasangan
abah-abah bahu.
2.
Tarik keluar kord dari sebelah kiri atau kanan
bateri. Semasa menarik keluar kord, pastikan anda
meletakkan kord di pemegang seperti yang ditunjukkan
di dalam rajah.
► Rajah20: 1. Kord 2. Pemegang
3.
Pasangkan bateri pada plat tapak pemasangan
abah-abah bahu.
321 BAHASA MELAYU
Semasa meletakkan unit,
Semasa memakai unit, pastikan
Semasa memakai unit,
Sentiasa matikan alat atau
Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Este manual también es adecuado para:

Nlbpdc1200a02

Tabla de contenido