BAHASA MELAYU
52
C
C
2
Untuk menanggalkan batang, tekan butang
lepas di bawah tangkai pembersih vakum
dan tarik batang keluar dari perkakas.
Membersihkan
Cabutkan palam penyesuai dari soket dinding
setiap kali sebelum membersihkan unit
pengecasan.
Kosongkan dan keringkan bekas habuk selepas
anda menggunakan perkakas untuk menyedut
cecair.
Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum
atau unit pengecasan ke dalam air.
Bersihkan perkakas dengan kain lembap.
Jika perlu, bersihkan bekas habuk, pemesong
dan turas dengan air sejuk atau suam. Bekas
habuk, pemesong dan turas TIDAK boleh
dibersihkan di dalam mesin pencuci pinggan
mangkuk.
Mengosongkan bekas habuk
Kosongkan bekas habuk dan bersihkan turas
dengan kerap.
1
Tekan butang putus dan bukakan
pembersih vakum di atas tong sampah.