Philips RQ1180 Manual Del Usuario página 124

Ocultar thumbs Ver también para RQ1180:
Tabla de contenido
Bahasa mElayu
124
membersihkan unit pencukur.
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
1
Bilas unit pencukur di bawah air paip yang panas buat beberapa lama (Gamb. 25).
Nota: Anda juga boleh memberus unit pencukur dengan berus pembersih yang dibekalkan.
2
Tarik pemegang kepala pencukur keluar daripada bahagian bawah unit pencukur dan bilas ia di bawah air paip yang panas selama 30
saat (Gamb. 26).
Nota: Anda juga boleh memberus pemegang kepala pencukur dengan berus pembersih yang dibekalkan.
3
Dengan berhati-hati, kibas lebihan air dan biarkan unit pencukur mengering.
Jangan keringkan unit pencukur dengan tuala atau tisu, kerana ini akan merosakkan kepala alat pencukur.
4
Pasangkan semula pemegang kepala pencukur kepada bahagian bawah unit pencukur ('klik') (Gamb. 27).
membersihkan unit pencukur di dalam sistem pembersih Jet (jenis tertentu sahaja)
Sistem Pembersih Jet mempunyai satu program pembersihan automatik. Apabila anda menekan butang hidup/mati, Sistem Pembersih Jet akan
memulakan pembersihan dalam program pembersihan automatik.
menyediakan sistem pembersih Jet untuk penggunaan
Isi ruang pembersihan sebelum penggunaan pertama.
1
Letakkan plag kecil di dalam Sistem Pembersih Jet.
2
Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
Pemegang secara automatik akan bergerak ke kedudukan tertinggi.
,
3
Tekan butang pelepas pada kedua-dua belah Sistem Pembersih Jet serentak (1). Kemudian angkat Sistem Pembersih Jet keluar daripada
ruang pembersihan (2). (Gamb. 28)
Ruang pembersihan kekal di situ.
,
4
Buka skru tukup daripada botol cecair pembersih.
5
Isi ruang pembersihan dengan cecair pembersih HQ200 hingga ke paras di antara dua garisan itu (Gamb. 29).
6
Tempatkan Sistem Pembersih Jet kembali pada ruang pembersihan (Gamb. 30).
Pastikan butang pelepas klik kembali di tempatnya.
menggunakan sistem pembersih Jet
Nota: Jika anda menggunakan pencukur dengan busa cukur atau gel cukur, kami menasihatkan anda agar membilasnya di bawah air paip panas
sebelum anda membersihkannya di dalam Sistem Pembersih Jet. Ini akan menjamin jangka hayat optimum cecair pembersih tersebut.
1
Letakkan pencukur dalam keadaan terbalik di dalam pemegang dengan keadaan paparan menunjuk ke arah bahagian hadapan Sistem
Pembersih Jet (Gamb. 18).
2
Tekan pencukur dengan ketat ke dalam pemegang untuk menguncinya di tempatnya (Gamb. 19).
Paparan menunjukkan bahawa pencukur sedang dicas (lihat bab 'Paparan').
,
3
Tekan butang hidup/mati pada Sistem Pembersih Jet untuk memulakan program pembersihan. (Gamb. 31)
Paparan pencukur berhenti menunjukkan penunjuk pengecasan.
,
Lampu pembersihan mula berkelip dan pencukur secara automatik diturunkan ke dalam cecair pembersihan (Gamb. 32).
,
Lampu pembersihan akan berkelip sepanjang program pembersihan, yang mengambil masa beberapa minit.
,
Semasa fasa pertama program pembersihan, pencukur secara automatik akan hidup dan mati beberapa kali dan bergerak naik dan turun.
,
Semasa fasa kedua program pembersihan, pencukur diletakkan pada kedudukan pengeringan, seperti yang ditunjukkan oleh simbol
,
pengeringan yang berkelip. Fasa ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pencukur tetap berada pada kedudukan ini sehingga akhir
program. (Gamb. 33)
Selepas program pembersihan, penunjuk pengecasan akan muncul pada paparan pencukur (lihat bab 'Paparan').
,
Nota: Jika anda menekan butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet ketika program pembersihan sedang berjalan, program akan terbantut. Dalam
keadaan ini, lampu pembersihan atau pengeringan akan berhenti berkelip dan pemegang akan bergerak ke kedudukan tertinggi.
Nota: Jika anda menanggalkan penyesuai daripada soket dinding semasa program pembersihan sedang berjalan, program akan terbantut.
Pemegang akan tetap kekal pada kedudukan semasa. Apabila anda memasukkan penyesuai kembali ke dalam soket dinding, pemegang akan
bergerak ke kedudukan tertinggi.
-
Apabila cecair pembersihan turun lebih rendah daripada paras minimum, simbol 'ruang pembersihan kosong' mula berkelip dan pemegang
akan kembali pada kedudukan permulaan (Gamb. 34).
-
Jika anda menggunakan mesin cuci untuk membersihkan pencukur anda setiap hari, anda hendaklah mengisi semula ruang pembersihan
anggaran setiap 15 hari.
membersihkan sistem pembersih Jet
Bersihkan ruang pembersihan setiap 15 hari.
Anda boleh mengelap bahagian luar Sistem Pembersih Jet dengan kain lembap.
1
Tekan butang pelepas pada kedua-dua belah Sistem Pembersih Jet serentak (1). Kemudian angkat Sistem Pembersih Jet keluar daripada
ruang pembersihan (2). (Gamb. 28)
Ruang pembersihan kekal di situ.
,
2
Tuang sebarang baki cecair pembersihan keluar daripada ruang pembersihan. (Gamb. 35)
Anda juga boleh menuangkan cecair pembersihan ke dalam sink.
3
Bilas ruang pembersihan di bawah paip (Gamb. 36).
Ruang pembersihan tidak kalis mesin basuh pinggan.
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Rq1160Rq1150Rq 1150/16Rq 1160/21

Tabla de contenido