Bahasa Malaysia
* Untuk memudahkan penggunaan
semula, semua bahagian plastik
telah ditandakan dengan kod.
• Bungkusan kadbod dibuat oleh bahan guna
semula, dan sesuai
untuk penggunaan semula.
Penting
• Mengontrol penempatan sak debu,
sebelum penggunaan pertama.
• Jangan sekali-kali menyedut air (atau
sebarang cecair).
Jangan menyedut abu jika masih panas.
• Apabila menyedut habuk halus, liang-
liang udara pada beg
habuk akan tersumbat. Ini akan
menyekat pengaliran udara.
Akibatnya beg habuk perlu di ganti
walaupun ianya belum
penuh.
• Elakkan dari kerosakan. Jangan
gunakan penyedut hampagas
tanpa penapis perlindungan motor.
• Cuma menggunakan beg debu kertas
berlapis dua Philips s-bag™ (FC 8021),
beg debu kertas berlapis dua Philips
Sydney+ (jenis HR6999 Sydney+)
• Jika wayar utama alatan ini rosak, ianya
hanya boleh diganti
oleh Philips atau wakil servisnya, kerana
alatan khas dan/atau alat ganti
diperlukan.
Sila ambil perhatian bahawa tanda * didalam
nombor ilustrasi hanya berhubung dengan model
yang tertentu sahaja.
Cara penggunaan
- Sambungkan hos, tolak masuk dan pusingkan
mengikut arah jam (rajah 1a, 1b).
- Untuk mencabutkannya, pusing arah lawan
jam. (rajah 2).
- Pasangkan tiub telekospik kepada pemegang
(rajah 3).
- Laraskan muncung gabungan untuk
permaidani (rajah 4) atau
lantai (rajah 5).
- Laraskan kuasa penyedut (rajah 6, 7 & 8).
Kuasa penyedut kurang?
f
Sila periksa:
• Adakah beg habuk penuh.
• Adakah muncung, tiub atau hos tersumbat.
Untuk menghilangkan penyumbatan, biar udara
mengalir dari arah bertentangan melalui hos
dan/atau tiub.
Meletakkannya
Jika anda ingin berhenti buat sementara, anda
boleh letakkan klip pada posisi rehat (rajah 9).
Anda boleh tolakkan klip sepanjang tiub untuk
mengubahkan ketinggiannya.
Dalam satu gerakan, tiub boleh diletakkan dalam
posisi yang menyenangkan (rajah 10).
Penyimpanan
- Tarik bahagian bawah tiub kedalam penyedut
hampagas rajah 11, 12). Anda boleh tolakkan
klip sepanjang tiub untuk mengubahkan
ketinggiannya.
Menggantikan beg habuk
Penunjuk "beg habuk penuh" akan menunjukkan
jika beg habuk itu penuh (rajah 13).
- Buka penutup (rajah 14).
- Tolak pemegang beg habuk ke belakang
(rajah 15).
- Keluarkan beg habuk dengan menarik teg
kadbok (rajah 16).
Ini akan menutup beg habuk secara otomatik.
- Masukkan plet depan kadbod pada beg habuk
ke dalam dua alur pada pemegang beg habuk
(rajah 17).
- Tolak pemegang beg habuk ke depan. (Klik)
(rajah 18).
Sila ambil perhatian bahawa penutup tidak boleh
di tutup jika tiada beg habuk.
Beg habuk
• Beg habuk jenis FC 8021 s-bag™ boleh
didapati dari pengedar anda.
Sila rujuk kepada nombor model atau nombor
servis.
• Penapis pelindung motor disediakan percuma
28