Thule Spring 11300100 Manual De Instrucciones página 74

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 8
Tahniah
Terima kasih kerana memilih Thule Spring! Anda boleh yakin bahawa kami telah
berusaha sedaya upaya, menggunakan seluruh pengetahuan dan semangat kami
untuk mereka bentuk kereta sorong yang paling bergaya, fleksibel dan selamat
yang boleh kami fikirkan. Kami juga telah membangunkan pelbagai jenis aksesori
untuk anda memperibadikan dan menjadikan bersiar-siar dengan kereta sorong
anda akan menjadi lebih seronok. Segalanya supaya anda dan anak anda bebas
ke mana sahaja mengikut keinginan anda.
Sebelum anda menggunakan Thule Spring, sila baca arahan berikut dengan teliti
dan simpan arahan ini untuk rujukan masa hadapan.
Ayuh!
/Thule
AMARAN:
i1. PENTING - BACA DENGAN
TELITI DAN SIMPAN UNTUK
RUJUKAN MASA HADAPAN.
Keselamatan anak anda
mungkin terjejas jika anda tidak
mengikuti arahan ini.
i2. Baca manual Keselamatan bagi
Kereta Sorong Thule sebelum
guna dan simpan untuk rujukan
masa hadapan.
Penyelenggaraan
Memastikan kereta sorong Thule Spring bersih dan
diselenggara dengan baik adalah faktor penting untuk
memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Memeriksa kereta sorong dan aksesori anda
dengan kerap untuk memastikan tiada kerosakan
haus:
• Periksa komponen logam untuk mencari
sebarang kemek atau retak. Jangan guna
kereta sorong jika mana-mana komponen
logam retak atau rosak.
• Periksa fabriknya dengan kerap untuk
memastikan tiada koyak, tempat yang haus
atau sebarang tanda-tanda kerosakan lain.
Fabrik pada Thule Spring boleh dibersihkan
dengan cucian tangan.
• Basuh tempat tertentu atau lakukan cucian
tangan dengan sabun lembut & air suam.
Jangan gunakan pelarut pembersih.
• Bilas dengan sempurna dengan air suam.
• Sidai untuk membiarkan ia kering udara
sepenuhnya.
MS
• Jangan guna cucian mesin! Jangan guna
peluntur. Jangan seterika. Jangan cuci kering.
74
• Jika perlu fabrik tempat duduk dan kanopi
boleh ditanggalkan untuk dibasuh.
Casis dan roda Thule Spring boleh dibersihkan
dengan kain lembap. Keringkan dengan kain yang
kering.
Jika roda berkeriut, lincirkan sedikit dengan pelincir
silikon. JANGAN guna produk berasaskan minyak
atau gris, kerana ini akan menarik kotoran, yang akan
mengakibatkan pergerakan tersumbat.
Simpan kereta sorong anda dan aksesori di tempat
yang kering jauh daripada sinar mentari langsung.
Sebelum menyimpan kereta sorong, ia sepatutnya
kering untuk mencegah kulat atau bakteria
daripada tumbuh.
Waranti dan
alat ganti
Thule berdedikasi untuk menyediakan produk yang
cemerlang yang telah diuji dan dijamin kualitinya
daripada kecacatan bahan dan pertukangan. Untuk
mendapatkan maklumat terperinci mengenai Jaminan
Thule dan Waranti Lanjutan Thule bagi Thule Spring,
sila layari Thule.com.
Hanya alat ganti yang dibekalkan atau disyorkan
oleh pengilang/pengedar boleh digunakan.
Alat ganti boleh dibeli di pengedar Thule tempatan
anda. Anda boleh mendapati Pengedar Thule
terhampir dengan menggunakan pencari lokasi
pengedar di Thule.com.
Hubungan
Kami sentiasa berminat untuk mendapatkan
maklum balas anda dan menjawab pertanyaan
anda mengenai produk kami demi memastikan
kami memberi pengalaman yang terbaik mungkin.
Sila hubungi perkhidmatan pengguna kami
melalui support.thule.com atau hubungi pengedar
tempatan anda.
501-8620-04
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido