본 기기는 전문가 또는 숙련된 사용자가
매장이나, 경공업장 또는 농장등에서 사용하거나,
비전문가가 상업적 목적을 위해 사용할 수
있습니다.
설치 지침
커피 머신의 상단부는 다음과 같이 설치되어야
합니다.
- 지면에서 1.20m 이상 높은 곳
- 평평하고 수평인 곳
- 물 분사기를 이용하여 청소할 수 없는 장소
MY
Baca arahan ini dengan teliti sebelum
menggunakan mesin Nespresso baru anda
buat kali pertama. Simpankannya di tempat
yang anda dapat mencarinya dan rujuk
kepadanya kelak. Penggunaan mesin yang
tidak sempurna adalah di atas tanggungjawab
pengguna itu sendiri.
• Jika berlaku kecemasan: tanggalkan palam
dari soket kuasa serta merta.
• Kanak-kanak dilarang menggunakan
perkakas ini tanpa diawasi dengan rapat oleh
orang dewasa.
• Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-
kanak berumur 8 tahun ke atas dan orang
kurang upaya dari segi fizikal, deria, mental
atau mereka yang tiada pengalaman dan
pengetahuan selagi pengawasan atau arahan
mengenai penggunaan perkakas secara
selamat telah diberikan dan memahami bahaya-
bahaya yang terlibat.
• Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan
perkakas ini.
• Kanak-kanak tidak sepatutnya membersih dan
menyelenggara perkakas ini tanpa pengawasan.
• Penyelenggaraan pembersihan dan pengguna
tidak boleh dibuat oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
• Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
• Periksa sama ada voltan yang dinyatakan pada
plat kadaran sama dengan voltan bekalan anda.
• Gunakan hanya kord kuasa spesifik yang
disertakan dengan mesin dan sambungkan
perkakas anda hanya ke soket kuasa yang
terbumi.
Penggunaan sambungan yang tidak betul
membatalkan jaminan!
• Mesin anda dibuat untuk penggunaan dalaman
sahaja.
• Tiub air panas dan aliran air panas, stim, kopi
dan susu panas adalah sangat panas. Elak dari
terkena pada kulit. Bahaya melecur!
• Berhati-hati semasa menanggalkan muncung
32
8380_NESP_GEMINI_CS200_220_ EUP PRO_Safety_PROD.indd 32
boleh buang dan straw daripada alur keluar stim.
Susu panas mungkin menitis.
• Sentiasa isikan tangki air dengan air yang boleh
diminum.
• Kosongkan tangki air jika mesin tidak akan
digunakan untuk jangka panjang (cuti dsbnya).
• Gantikan air di dalam tangki sebelum
menggunakan mesin selepas hujung minggu
atau bagi tempoh masa yang sama.
• Cabut palam dari soket utama jika anda tidak
akan menggunakan Tanggalkan palam dari soket
bekalan jika anda tidak akan menggunakan
mesin untuk tempoh yang berpanjangan (cuti).
Sebelum membersih dan membuat servis,
tanggalkan palam dari soket bekalan dan biarkan
mesin menjadi sejuk. Jangan tanggalkan palam
dengan menarik kabel.
• Jangan gunakan mesin jika ia tidak berfungsi
dengan baik atau terdapat tanda kerosakan. Jika
berlaku apa-apa kerosakan sila laporkan di pusat
selepas jualan Nespresso diiktiraf yang terdekat
dengan anda.
• Semua operasi selain penggunaan biasa,
pembersihan dan membuat servis mesti
dikendalikan oleh pusat selepas jualan
Nespresso yang diiktiraf.
• Jangan masukkan mesin, kabel atau palam ke
dalam air atau apa-apa cecair lain.
• Jauhkan dari capaian kanak-kanak.
• Jangan tinggalkan kabel dekat atau bersentuhan
degan bahagian panas mesin, suatu sumber
haba atau hujung yang tajam.
• Apabila kabel atau palam rosak, anda tidak
boleh menggunakan mesin. Untuk mengelak dari
bahaya, baiki atau gantikan bahagian yang rosak
di pusat selepas jualan Nespresso yang diiktiraf.
• Jangan letakkan mesin pada permukaan yang
panas, cth. plat pemanas. Jangan gunakannya
dekat api terbuka.
• Letakkan mesin pada permukaan yang datar,
tahan haba dan jauhi dari percikan air.
• Bagi keselamatan diri anda, anda hendaklah
hanya menggunakan alat ganti atau aksesori dari
Nespresso yang dibuat untuk mesin anda.
• Jangan gunakan mesin tanpa dulang titisan atau
grid titisan.
• Semua mesin Nespresso mesti lulus kawalan
yang ketat. Ujian keandalan di bawak keadaan
praktikal dikendalikan pada unit yang dipilih
secara rawak. Ini dapat menunjukkan jejakan
bagi penggunaan sebelumnya.
• Pengeluar tidak boleh dipertanggungjawabkan
bagi apa-apa kerosakan akibat salah guna atau
kendalian mesin yang tidak betul.
• Sebarang kerosakan yang berkaitan dengan
sambungan mesin ke bekalan utama air tidak
diliputi oleh jaminan jika sambungannya tidak
dilakukan oleh juruteknik bertauliah.
11.11.14 18:13