Lindungi Alam Sekitar - TEFAL Mini Rice Cooker Manual Del Usuario

Tabla de contenido
Idiomas disponibles

Idiomas disponibles

All manuals and user guides at all-guides.com

LINDUNGI ALAM SEKITAR

• Alat perkakas anda telah direka untuk penggunaan selama beberapa
tahun. Walau bagaimanapun, apabila anda memutuskan untuk
menggantikannya, jangan lupa untuk memikirkan cara anda boleh
menyumbang bagi melindungi alam sekitar.
• Sebelum membuang alat perkakas anda keluarkan bateri daripada
pemasa dan lupuskan di pusat pengumpulan buangan sivik tempatan
(mengikut model).
Utamakan perlindungan alam sekitar!
 Alat perkakas anda mempunyai bahan penting yang boleh
digunakan atau kitar semula.
Tinggalkan di pusat pengumpulan bahan buangan.
SEBELUM PENGGUNAAN PERTAMA
• Buka tudung dengan menekan butang pembuka tudung pada tudung
atas – rajah 1.
• Keluarkan periuk memasak dan tudung dalaman – rajah 2.
• Bersihkan periuk dan tudung dalaman dengan span dan cecair pencuci.-
rajah 3
• Lap bahagian luar perkakas dan tudung sekali dengan menggunakan
kain lembap.
• Keringkan dengan teliti.
• Letakkan semua elemen pada tempat asalnya. Pasang kabel boleh
tanggal kepada soket pada tapak pemasak. – rajah 4.
• Sila pastikan tudung dalam dipasang di tempat yang betul. Bahagian
silikon dimuatkan dalam lubang tudung atas dalam keadaan tidak
menghalang wap. -Rajah 4a
MENGGUNAKAN PEMASAK NASI ANDA
Menyukat bahan-bahan - Kapasiti maksimum mangkuk
• Penanda aras di dalam periuk adalah dalam cawan, ini digunakan
untuk menyukat jumlah air apabila memasak nasi dan bijirin yang lain.
• Kuantiti maksimum air + beras tidak boleh melebihi penanda 2 cawan
di dalam periuk – rajah 5.
• Cawan plastik disediakan bersama perkakasan untuk menyukat beras.
MS
35
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido